13 "Jangan Menunggu" Yang Perlu Dihindari

Sedang membelek Facebook tadi saya terjumpa perkongsian menarik ini. Ianya mengenai 13 "Jangan Menunggu" yang perlu kita hindari dan amat menarik sekali untuk penghayatan semua. Saya ada ubah sikit agar bersesuaian dengan bahasa kita. Semoga bermanfaat.


seorang senyum orang lain muram
Sumber gambar: Google


1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan.

5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu akan memahami kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.

11. Jangan menunggu kejayaan baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.

12. Jangan menunggu boleh baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh! 

13. Jangan menunggu waktu luang untuk membaca Alquran, tapi luangkan waktu untuk membaca Alquran.

Dan... Jangan menunggu lama lagi untuk menyebarkan tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal…
Sehingga kita semua tersedar.

p/s: Saya baru buka akaun Twitter (tekan sini)Anda juga boleh add Facebook saya. (tekan sini).

47 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. gud sharing!!
    like3...
    do visit my blog..:)

    BalasPadam
  2. Nice sharing bro.. benda2 nie la yg saya selalu terlepas pandang.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah gunanya hidup berkomuniti...kita boleh saling ingatkan antara satu sama lain...

      Padam
  3. Pesanan yg baik ni.. T kasih atas perkongsian Wafi.. salam Jumaat.. :)

    BalasPadam
  4. nice sharing.. kata2 yang memberi semangat :)

    BalasPadam
  5. perkongsian yg menarik.. ada nmpak jugak tadi kawan fb yg share tntang perkara ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya jumpalah sebab sumbernya fb juga.

      Padam
    2. dia kongsi dari page oki kalau x silap. tapi x sure la sumber asal dari mana.. heehe

      Padam
  6. Ya! Jangan bertangguh dan menunggu...Lakukan dan rebut sekarang juga!
    Thanks, perkongsian yang sangat bagus! Ingatan buat diri ini.

    BalasPadam
  7. bagus perkongsian ini.. jangan menunggu.. tetapi terus bertindak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Opportunist bak kata seorang lecturer saya.

      Padam
  8. semoga kita akan sentiasa cepat bertindak..seringkali benda-benda macam nilah yang kita terlepas pandang kan.

    BalasPadam
  9. Good one Wafi..Salam Hujung minggu ya!!!

    BalasPadam
  10. perkongsian yang berguna

    BalasPadam
  11. perkongsian yang sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama...
    selamat berhujung minggu dari bunda..

    BalasPadam
  12. nice sharing..jangan tunggu sesuatu terjadi dulu baru nak bertindak

    BalasPadam
  13. menarik untuk dikongsi bersama.

    BalasPadam
  14. Thanks for sharing ...
    benarlah .. kan dah diterapkan kepada 5 sebelom 5 ..

    BalasPadam
  15. alhamdulilah good sharing ^_^ terima kasih peringatannya

    BalasPadam
  16. Sesuatu yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian.. Tiada apa yang boleh mengubah kita melainkan diri kita sendiri.

    BalasPadam
  17. perkongsian yang baik telah dikongsikan.. betul tu, jangan menunggu!!!..

    BalasPadam
  18. So maksudnya di sini, ambil peluang selagi ada. :)

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. peringatan yang cukup baik. terima kasih

    BalasPadam
  21. Jangan menunggu tapi buatlah sesuatu..perkongsian yang bermanfaat untuk semua :)

    BalasPadam
  22. saya setuju sngat jagan menunggu..tapikita mlakan dulu :P

    BalasPadam
  23. Assalammualaikum....wafi,

    perkongsian yang bagus.. seronok baca walaupun ringkas tp padat.

    mselim3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama