![]() |
Biar miskin harta tapi kaya jiwa |
“Saudara, berhentilah buat kerja macam ni, saya tengok tubuh
saudara masih kuat dan cukup sihat untuk melakukan kerja yang lebih baik.”
“Apa kamu ingat aku buat kerja macam ni tak perlu guna
tenaga dan kesihatan ke? Kalau aku lemah macam mana aku nak berjalan ke hulu ke
hilir setiap hari di tempat orang lalu-lalang untuk mengemis? Macam mana pula aku nak bertahan kalau hari
hujan lebat atau panas terik?”
“Sudahlah buat kerja hina ini, menjatuhkan maruah diri.”
“Siapa kata hina? Dengan buat kerja ni aku dapat bantu orang
lain raih pahala bila orang bagi sedekah kat aku. Malah, aku doakan diorang
juga. Lagipun ia akan mendatangkan rasa syukur bila aku menerima pemberian
daripada orang lain. Aku pun dapat juga pahala percuma bila ada orang mengumpat
dan aniaya kat aku. Hina sangat ke?”
Pemuda itu terdiam mendengar penjelasan daripada si pengemis.
Rupa-rupanya orang itu bukan sekadar miskin harta sahaja tetapi turut miskin
jiwanya, memandang suatu perkara yang sememangnya hina dan tidak perlu sebagai
sesuatu yang perkara yang baik.
Orang yang malas sentiasa mendatangkan alasan yang kononnya
kreatif dan berhujah untuk memenangkan kemalasannya. Sesuatu keburukan apabila dibalut dengan kebenaran bukan sekadar berjaya menipu orang lain malah diri sendiri pun
turut terpedaya.
Betui tu... Sering beralasan utk mmbela diri.. Inilah org yg buta jiwa dan ego tggi...
ردحذفSemoga kita tidak seperti itu..
حذفsama la kesnya dengan orang yg malas melakukan suruhan Allah.. mereka "sentiasa mendatangkan alasan yang kononnya kreatif dan berhujah untuk memenangkan kemalasannya"
ردحذفYa, betul juga.
حذفsmoga kita terhindar dari termasuk dalam golongan mereka yg terlebih "kreatif" cipta alasan ni.. hehehe
حذفAmeen.
حذفorang kita memang suka bagi alasann..
ردحذفAda tapi bukan semua kan.
حذفalasan yang menggunung dan akan berbicara apa sahaja untuk selamatkan diri
ردحذفkreatif betul syaitan menipu
حذفcerita ni ada double meaning.. satu kpd pengemis, & satu kpd orang awam yang selalu bersedekah agar lebih berhati2.. bkn apa skrg ni bnyk kes penipuan kan
ردحذفBoleh jadi juga...
حذفAlasan...hanya untuk melepaskan diri sendiri dari tanggungjawab. Hanya Allah yang maha mengetahui.
ردحذفNanti akan tetap dapat balasannya jua
حذفorang memang suka mencari alasan untuk membela diri walaupun dah terang-terang mereka buat sesuatu yang salah
ردحذفbagai menegakkan benang yang basah
حذفha ah betul tu :)
حذفMalas sukar nak berjaya apa lgi nsk cari sumber wang dan terus beramal padaNya
ردحذفMalas itu suatu dosa.
حذفAssalamualaikum ..
ردحذفSalam Ukhwah Fillah ...
Singgah Sambil Follow Sini ..
Jika Malas Jangan Mengharap Untuk Mendapat Yang Terbaik Dalam Hidup ..
Nice Sharing ..
Betul juga tu.
حذفmenjual agama memang lumayan.
ردحذفbetapa ruginya orang yang menjual agama.
حذفsemuga kita tak termasuk dlm golongan ini, bodoh sombong
ردحذفAmin
حذفAlahai.. aku pernah berfikiran macam ni.. aku nampak penggemis tu sihat tubuh badan,dan aku fikir kenapa dia tak kerja guna tulang empat kerat sendiri. Salah aku juga berfikir dari satu perspektif saja.
ردحذفYang lepas biarlah lepas, nanti kalau jumpa lagi situasi macam ni bolehlah kita tegur pula...
حذفmana-mana ceruk ada sahaja di ipoh, kl berlambak. tapi itu realitinya
ردحذفsememangnya realiti, bukan fantasi...
حذفTu namanye.. bodoh sombong.. dah ditegur tanak terima.. banyak pula ayat! aiyoooo...
ردحذفbanyak songeh
حذفhaha.. ayat tepat tu.. manyak songeh!
حذفminta dijauhkan dari perkara yg tdk baik.. Salam Jumaat
ردحذفAmeen
حذفsaling memperingati..
حذفbanyak betul alasan dia.. ini dikatakan bodoh sombong tak bertempat.. haish...!
ردحذفMoga kita terhindar daripada sikap sebegini.
حذفSaya ingat satu cerita seorang pengemis. Nabi tak bagi duit, tapi Nabi bagi kapak suruh dia buat kerja. Pengemis dalam cerita di atas dah putus asa sebab tu bagi alasan bagai. Na'uzubillah... mudah2an tak jadi macam ni.
ردحذفYang saya pernah dengar lebih kurang macam ni, pengemis dpt kapak hasil duit yg diperolehi setelah Nabi SAW jual brgnnya lepas tu disuruh beli makanan dan duit lebihan buat beli kapak, cari kayu, jual lepas tu dia dapat hasilnya.
حذفWallahua'lam.
إرسال تعليق
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)