Kuda Pakai Serban

Kelihatan seorang lelaki hampir separuh umur dan memakai serban besar sedang memasuki sebuah kawasan perkampungan dengan menaiki seekor kuda sebagai tunggangannya. Dari raut wajahnya, dia kelihatan begitu letih memandangkan telah hampir separuh hari dia menempuhi perjalanannya tanpa henti. 

Gambar kuda atas padang kuda pakai serban
Sumber Gambar
Dia merupakan seorang ulamak yang bermusafir dari tempat yang jauh daripada situ dan berhasrat untuk singgah sebentar di kampung tersebut untuk beristirahat di situ sebelum meneruskan perjalanannya yang masih jauh lagi.

Penduduk kampung tersebut yang amat teruja dengan kehadiran seorang lelaki berserban besar memasuki kampung mereka terus menyambutnya dengan begitu ramah dan gembira.

"Assalamualaikum, ustaz," sapa salah seorang daripada mereka.
"Selamat datang ke kampung kami," tegur seorang yang lain.

Tidak berapa lama kemudian, hebohlah seluruh penduduk kampung itu dengan kehadiran seorang yang alim di kawasan mereka. Para penduduk keluar beramai-ramai dari rumah mereka untuk menyambut ulamak yang baru sahaja tiba di kampung mereka.

"Ajarilah kami dengan ilmu," pinta mereka.
"Tuan merupakan suatu rahmat buat kami," begitu bersungguh-sungguh mereka meminta.

Melihat segala perlakuan penduduk kampung itu, dia turun daripada tunggangan yang dinaikinya dan bertanya kepada masyarakat kampung yang sedang menyambutnya, "Bagaimana kamu semua boleh katakan bahawa aku ini orang alim sedangkan aku datang dari jauh dan tidak pernah kamu jumpai?"

Dengan jawapan yang hampir sama dan dijawab hampir serentak, mereka menjawab, "Kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Melihatkan serban tuan yang besar, sudah tentu ilmu tuan pun banyak. Ajarilah kami, tolong ajari kami."

Sebagaimana yang disangkakan, dia mendapat jawapan sebegitu daripada mereka. Sambil tersenyum, dia membuka serbannya yang besar itu dan memakaikannya di atas kepala kuda tunggangannya.

"Ok, sekarang kuda aku yang memakai serban besar jadi ilmunya pun sudah tentu banyak sebangaimana yang kamu katakan. Jadi, silalah belajar daripada kudaku ini."

Para penduduk yang berkumpul di situ terlopong melihat perbuatan dan apa yang dikatakan oleh ulamak tersebut, membuatkan mereka tercengang-cengang. Sesungguhnya itulah pelajaran pertama yang disampaikan oleh ulamak itu dengan cara yang begitu berhikmah, tetapi sangat sinis sekali.

Wallahua'lam.
Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah!

21 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Senyum saja baca cerita ni :)

    BalasPadam
  2. Pelajaran pertama yang pasti diingat sampai bila2...

    BalasPadam
  3. dont judge a book by its cover

    BalasPadam
    Balasan
    1. peribahasa yang sesuai untuk sebagai kesimpulan cerita

      Padam
    2. org kata jgn terus judge dri luaran. belum tentu dalaman mcm mna kan..

      Padam
  4. Mendalam ilmu yg mereka belajar dari ulama tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah ulama dulu-dulu, begitu berhikmah mereka mengajar: )

      Padam
  5. Mendalam maksud tu...Alhamdulillah...peringatan yang baik...

    BalasPadam
  6. =)

    http://myartcrafting.blogspot.com

    BalasPadam
  7. memang mendalam maksud yang disampaikan tu..tidak boleh menilai orang hanya dari gaya pemakaian atau rupa paras :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena tengok juga dalamannya macam mana

      Padam
    2. ha ah betul..dalaman tu yang penting :)

      Padam
  8. itula di maksudkan , don't judge a book by its cover. heee

    BalasPadam
  9. baka kata orang kampung saya, don't judge a book bu it's cover.. hehehehe

    BalasPadam
  10. Dalam maksudnya...jangan menilai seseorang hanya dari luaran sahaja...
    Salam ziarah dari bunda...

    BalasPadam
  11. haha..memang sinis..moral of the story..janganlah memandang orang dari luar saja..lihatlah isi di dalam nya juga..pandai wafi buat analogi..terbaik dari ladang buat wafi..:-)

    BalasPadam
  12. banyak berubah dengan template baru nih.. heheehe

    BalasPadam
  13. memebri pengajaran yang berguna.. ^_^

    BalasPadam
  14. Mendalam cerita nie... buat saya berfikir sejenak.. Nice..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama