Seorang wanita bukan Islam (Non-Muslim) telah berpindah ke sebuah negara Islam atas beberapa urusan kerjanya. Setelah beberapa lama berada di kalangan masyarakat Muslim dan melihat cara hidup mereka, dia menjadi begitu tertarik dengan Islam dan mahu belajar lebih lagi tentang agama Islam.
Sejak itu, dia mula rajin pergi ke perpustakaan yang terletak tidak jauh dari tempat tinggalnya untuk membaca buku-buku berkaitan Islam. Dia juga sering meminjam beberapa buah buku untuk menyambung bacaannya di rumah. Seorang wanita Muslim yang sentiasa berada di perpustakaan itu sentiasa mendekatinya dan bertanya kepadanya sama ada dia sudah yakin atau tidak untuk memeluk agama Islam. Setiap kali ditanya soalan itu, dia akan memberitahu bahawa belum tiba masanya lagi untuk aku ambil langkah yang lebih jauh.
Pasa suatu hari, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas meminjam beberapa buah buku daripada perpustakaan, dia melalui sebuah masjid yang ketika itu sedang dilaungkan iqamah untuk solat Asar. Dia memerhati tindakan seorang tukang sapu yang sedang menyapu jalan di hadapan pagar masjid meninggalkan kerjanya dan turut sama menyertai saf solat dalam masjid.
Bersebelahan dengan tukang sapu itu, berdirinya seorang lelaki kaya yang datang ke masjid dengan sebuah kereta mewah yang sangat mahal sebentar tadi siap dengan pemandunya lagi. Di saat itu, dia telah membuat keputusan dengan keyakinan yang amat teguh bahawa dia mahu memeluk agama Islam, hanya kerana dia amat kagum dengan kenyataan bahawa Islam yang tidak membezakan taraf orang kaya dengan orang miskin apabila mereka berdiri di hadapan Allah.
"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Teliti." (Surah al-Hujuraat, 49: 13)
Islam tidak mengira kaya dan miskin |
Tunjukkan akhlak yg baik, org bukan Islam pasti tertarik dgn keindahan Islam.
BalasPadamSalam ziarah dari kami :)
Selamat berziarah.
Padamislam itu mmg indah.. tapi tindakan org islam yg menyimpang dari islam yg membuatkan orang bukan islam memandang buruk terhadap islam..
BalasPadamJadi kita mesti praktikkan segala ajaran Islam yang sebenar...
Padamyup.. tunjukkan rupa islam yg sebenar.. baru islam tak dipandang serong...
PadaminsyaAllah..
Biar Islam diagungkan di mata dunia.
PadaminsyaAllah
Padamal-islamu ya'lu wa la yu'la a'laih
islam itu tinggi dan tiada yg tinggi darinya..
Semoga Islam sentiasa dimartabatkan: )
Padamamiin..
Padamtetiba terlintas Felixia Yap bila baca kisah ni.. insyaAllah, semoga terbuka pintu hati beliau :)
BalasPadamOh, yang suka berhijab tu. Semoga dia mendapat hidayah,
PadamKita doakn semoga Allah buka pntu hatinya untuk memeluk agama Islam.
PadamIn sya Allah
Padamakhlak terpuji itu stu dakwah :)
BalasPadamRasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak."
Padammenarik perkongsian ni Wafi..hidayah datannya dalam pelbagai cara
BalasPadamAllahlah yang menentukan caranya.
Padamyer betul tu
PadamSemoga satu hari nanti ada yg mendapat hidayah melalui entri blog...InsyaAllah. Teruskan berkongsi dan beramal...
BalasPadamIn sya Allah, semoga ada.
PadamInsyaAllah..semoga pintu hidayah dibuka oleh Allah SWT untuk yng non muslim.
BalasPadamAmeen.
PadamAlhamdulilah...
BalasPadam*Sudah blogwalking dan sudah following blog awak*
OK.
PadamDatang singgah...betul tu...Islam tidak membezakan taraf orang kaya dengan orang miskin apabila mereka berdiri di hadapan Allah.. good entry ^_^
BalasPadamSemuanya hanyalah bertaraf hamba bila mengadap Allah.
PadamKalau non muslim boleh nampak, kita yg muslim ni seharusnya lebih tahu....
BalasPadamCuma kita kurang pengamatan dan penghayatan
PadamHidayah Allah datang tanpa mengira bangsa, warna kulit dan ketika..Semoga kita yang dilahirkan dalam Islam mampu terus memperbaiki diri & iman,..
BalasPadamIn sya Allah
PadamBila hidayah datang mengetuk pintu hati, yang sukar menjadi mudah, keinginan yang teguh meranapkan segala tembok yang menghalanginya... In shaa Allah.
BalasPadamIn sya Allah
PadamAlhamdulillah..indahnya islam apabila dipratikkan dengan betul
BalasPadamAlhamdulillah
PadamAlhamdulillah...menarik perkongsian ini..
BalasPadamalhamdulillah Allah berikan hidayah padanya..
BalasPadamkita semua sama sahaja. yang membezakan ialah amal ibadah kita.
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)