Saya membuat keputusan yang amat besar untuk mencuba sesuatu yang amat baru bagi saya. Kalau anda biasa melawat ke blog ini anda semestinya tahu perubahan yang berlaku dengan hanya sekali tengok sahaja. Memang kontra betul berbanding dengan yang dulu.
Saya telah tukar kepada template blog baru. Bukannya apa, puas saya cari penyelesaian untuk selesaikan masalah h1 tag yang tidak wujud dalam template yang asal tapi tidak berjumpa juga hasilnya. Jadi, di samping ingin mencuba sesuatu yang baru dan sekali gus menyelesaikan masalah ini, saya banyak habiskan hujung minggu ini untuk cari template yang sesuai dan mudah untuk dikendalikan.
Seperti yang anda lihat sekarang ini adalah hasilnya. Bagi saya ia dah cukup baik, tak tahulah sama ada ia masih tidak sempurna di mata-mata mereka yang terlalu menekankan kesempurnaan. Sebenarnya masih ada kekurangannya bila buat begini, sesetengah fungsi asal bagi default template tidak boleh digunakan lagi.
Banyak juga coding yang perlu dilakukan untuk membetulkan apa yang patut. Sebenarnya agak susah untuk membuat benda ni memandangkan saya hanya memandai sahaja dalam coding ni, ikut pengalaman main try an error sahaja tanpa pengajian yang khusus.
Kawan saya ada perkenalkan satu laman web khusus yang boleh digunakan untuk belajar coding bermula dari awal! Ianya amat mudah untuk digunakan, siap boleh main-main (maksud saya cuba-cuba) lagi dengan apa yang kita dah pelajari. Ia mengajar kita langkah demi langkah dan jika anda betul-betul letakkan komitmen yang tinggi, tidak mustahil anda akan mampu membina laman web anda sendiri (ini kata kawan saya).
Apabila sudah pandai buat sendiri, tidak perlulah anda upah-upah orang untuk buat semua kerja yang kita tak boleh buat kan. Apatah lagi orang yang buat duit online, ini merupakan suatu bonus buat anda kerana antara kejayaan bisnes online adalah dengan adanya website dengan niche tersendiri.
Sudah bersedia untuk mengetahui apa dia laman web tersebut? Jangan bimbang, saya bukan seorang internet marketer yang akan sedaya upaya mempromosi produk mereka sebelum membawa anda kepada tujuan asal anda yang sebenar. Jika anda berminat, bolehlah layari Codecademy Online Tutorials.
Saya doakan anda berjaya dalam mencapai apa yang dihajati. Sekali lagi saya katakan amat mudah untuk anda pelajari asas-asas coding melalui laman web itu, siap ada markah lagi dan boleh post dekat Facebook dan share dengan kawan-kawan supaya wujud persaingan yang sihat sesama kalian. Selamat mencuba!
wah dah berwajah baru yer...H1 tag tu memang penting (h)
ردحذفnak tukar template blog memang makan masa, puteri pun kadang-kadang pening bila perlu bermain dengan coding. :)
Tu pun beberapa widget hilang termasuklah blog list. Sempat masukkan yang ingat je dalam yang baru
حذفselalunya bila tukar template, pasti akan ada yang hilang.
حذفSememangnya itulah yang terjadi.
حذفsebab tu puteri malas tukar.. :)
حذفatas orang la jugak, kalau dia nak tanggung risiko dia buat
حذفnice one, simple and kemas :)
ردحذفCantik & Kemas. loading pun cepat. So good luck to you...
ردحذفTerima kasih atas maklum balas.
حذفMmg cantik & kemas.. all the best Wafi... semoga terus sukses.. :)
ردحذفIn sya Allah :)
حذفbagi zam, nampak lebih profesional :)
ردحذفYe ke? Hehe :))
حذفtahniah.. bagus kalau ada semangat macam ni.. sentiasa berani mencuba perkara baru kearah yang lebih baik dari sebelumnya..
ردحذفThanks!
حذفu're welcome..
حذف:)
حذفNampak pro sekali template ni. Saya pun ingat nak tukar yang simple macam ni tapi memikirkan banyak coding kena buat balik...lupakan dululah.
ردحذفCuma satu jer permintaan...besarkan sikit font...halus sangat le..
Font tengah diusahakan, masih tak jumpa kat mana.hehe
حذفtemplate yg clean dan fast
ردحذفmmg letih bila tukar template baru kan... hehhee
Nak cari pun dah letih, apatah lagi bila tukar ni...
حذفingatkan zizie dah tersalah masuk blog tadi.. hehe.. btw, en wafi besarkanlah sikit tulisan.. baru best.. :)
ردحذفTengah cari code tulisan tu, nanti baru boleh besarkan.
حذفakak malas nak tukar template sbb byk widget2 akan hilang..kena buat semula..
ردحذفsalam kenal & follow sini
Saya ambil prinsip 'pandai buat pandai tanggung'.
حذفAssalammualaikum..wafi,
ردحذفdatang daripada blog BM... visit sini tgk wafi tukar template.. memang best template nie.. simple dan kemas...
Nak tukar2 templte ni kene ada betul2 usaha dan keberanian atas risiko2 selepas itu...
ردحذفTahniah lah wafi berjaya mengatasi semua itu....
Alhamdulillah :d
حذفtemplate ni nampak mudah tapi menarik! tahniah!
ردحذفMudah tapi menarik, menarik sekali komen ini!
حذفHr tu saya ada planning juga cari templete yg mesra SEO ni. Tapi x tau pasang plak... smpai skg blog tu x tukar2 templete lg.. hmm
ردحذفCubalah bila2 ada masa
حذفpatutlah pelik masa mula2 sampai tadi... ingatkan browser punya problem... rupanya dah layout baru... OK juga... masih kemas dan simple macam dulu
ردحذفHeheh, terima kasih :)
حذفpatut lainnn..nice.simple kemas !
ردحذفnampak kemas dan teratur, mama juga berangan nak buat begini. tapi pening main coding..
ردحذفSaya pun asalnya berangan gak, lama jugak nak buat keputusan. selepas cuba2 dan belajar coding cket, buat terus
حذفsalam..
ردحذفpertama kali singgah ke blog ini. nampak kemas & teratur.
salam perkenalan dari ciklaili.com
Salam perkenalan. Selamat berkunjung ke sini.
حذفjujurnya, yes. template ni nampak kemas bro. keep up the good work. hehe..
ردحذفsalam kenal dari misterzarif.my :)
Salam perkenalan. Terima kasih sudi singgah sini.
حذفyup... codecademy memang terbaek... walaupun aku ada basic dalam html+css, tapi ngan adanya codecademy ni die cam refresh balik+update ilmu yang ada tapi dah berlapok ni... hehehe
ردحذفbagus betul orang yang buat codecademy tu
حذفdulu yeop suka main code-code blogspot yeop, skang dah guna wordpress takde coding. just plugin.
ردحذفNanti nak blajar wordpress jugak la...tambah ilmu
حذفmain kemas dan cantik
ردحذفlebih mesra pembaca kan..perlu sangat ada coding yang penting tu :)
ردحذفcoding itu penting
حذفteringin juga nak ubah template blog tapi malas bab coding itu ja
ردحذفsaya hari tu pun berhari-hari nak settle problem.huhu
حذفإرسال تعليق
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)