Sambutan Maulidur Rasul 1435H / 2014M Peringkat Kebangsaan

"Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2014M akan diadakan pada 14 Januari 2014 (Selasa) bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Semua muslimin muslimat dijemput hadir." - Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menjelang waktu Maghrib hari ini (Malaysia dan kawasan sekitar) maka tibalah tarikh besar yang menjadi ingatan buat umat Islam sedunia iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Sempena Maulidur Rasul, tarikh 12 Rabiul Awwal setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti umum di negara kita. Pada tahun ini tarikh itu jatuh pada 14 Januari 2014 maka pada tarikh itulah yang akan cuti umum.

majlis sambutan maulidur rasul SAW 1435 H bersamaan 2014 M peringkat kebangsaan di masjid putra
Kredit
Dalam majlis sambutan peringkat kebangsaan akan ada pertandingan kawad kaki antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) tak kiralah yang awam ataupun swasta. Saya masuk juga sebagai salah seorang wakil Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), yang sebelum ini telah menyandang gelaran Juara selama tiga tahun berturut. (saya baru 1st time masuk...^ ^)

Pesan salah seorang penasihat kawad kaki yang berpengalaman dalam skuad kami, "Menjadi juara bukanlah suatu yang susah, tapi untuk kekal sebagai juara, itu yang susah." Selama hampir seminggu kami berpenah lelah berlatih berkawad setiap pagi.

Saya harap dengan pertambahan bilangan kontinjen daripada 70 (tahun lepas) kepada 100 orang (tahun ini) tidak menutup ruang untuk kami memperoleh kemenangan sekali lagi dan mengharumkan nama UNITEN. In sya Allah...

Jemput datang Masjid Putra semua! Boleh cari pengalaman melihat Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan bagi yang tak pernah menyertai.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ


8 تعليقات

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

إرسال تعليق

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم