Pintu Taubat Masih Terbuka

"Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(Surah Ali Imran : 135).

bertaubatlah sebelum terlambat, bila matahari dah terbit secara songsang tiada lagi peluang untukmu

Dalam kita menjalani kehidupan di dunia ini, kita sebagai manusia pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa, sama ada dosa yang kecil sekecil biji sawi mahupun yang besar sebesar mentari dan secara kita sedar ataupun tidak.

Oleh itu, kita perlulah bertaubat terhadap segala dosa yang pernah kita lakukan agar dipermudahkan Ilahi untuk kita menuju ke syurga-Nya kelak. Bertaubat adalah salah satu jalan bagi menyucikan dosa di dunia tetapi, di akhirat api neraka yang akan menyucikan segala dosa sebelum kita layak untuk masuk syurga. Jadi, jalan manakah yang kita pilih, bertaubat atau menanti api neraka bagi menyucikan dosa?
              
Wahai sahabat sekalian, pintu taubat masih terbuka maka janganlah kita lengah-lengahkan masa yang ada. Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin agar kita tidak menyesal di akhirat nanti. Renunglah ayat Al-quran di atas, anda akan fahami bahawa Allah Maha Pengampun terhadap hamba-hamba-Nya yang memohon keampunan kepada-Nya biarpun banyak melakukan dosa dan maksiat.

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم