Ambillah akar kayu faqir dan akar kayu tawaduk dan campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat. Lalu masukkan semua ke dalam lesung reda dan giling sampai halus dengan batu qana’ah.
Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa dan tuangkan ke dalamnya air haya’ (malu).
Kemudian didihkan dengan api mahabbah (cinta). Selepas itu, pindahkan ia ke dalam mangkuk syukur dan kipaskan dengan kipas angin roja’ (harapan).
Kemudian minumlah ia dengan sudu pujian. Jika engkau perbuat semua itu, maka ia bermanfaat bagimu untuk melindungi dirimu daripada semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat.
إرسال تعليق
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)