Ringtone Alquran

Sesetengah orang suka pasang Alquran atau alunan selawat sebagai ringtone handphone diorang. Mungkin nak cari pahala lebih kut...-.-" (kenapa tak baca sendiri atau pasang bila-bila masa ??)

boleh tak pasang ringtone quran kat handphone kita?
Gambar hiasan

Tapi bila mana ada orang call semestinya kita nak jawab panggilan tu. Bila telefon mula berdering, maka mulalah alunan ayat-ayat suci keluar dari speaker handphone. Akan tetapi kerana ingin menjawab panggilan secara automatik keindahan yang sedang kedengaran itu hilang serta merta.

Kalau beginilah jadinya, adalah lebih baik kita ambil benda lain buat jadi ringtone. Banyak lagi lagu-lagu atau muzik lain yang sesuai dijadikan nada dering. Alquran bila-bila boleh dengar melainkan kita sendiri yang malas (nauzubillah...).

Seperti juga kita baca Alquran, kalau kita berhenti di pertengahan ayat, perbuatan kita mungkin akan mengubah maksud ayat tersebut melainkan kita ada ilmu bahasa Arab atau belajar ilmu Alquran.

Harap dapat ubahlah bagi sesiapa yang 'terkena' dengan ni...hehe. Chill~

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم