Kelebihan Memaafkan Orang

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.” (Surah al-A’raf 7:199)

Lihatlah bagaimana pemaafnya Rasulullah SAW dalam peristiwa yang amat masyhur iaitu ketika Pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah). Mesti pun penduduk Makkah pernah menentang Baginda tapi dengan ringan hati Baginda boleh memaafkan perbuatan mereka. 

Allah juga berfirman yang bermaksud: ”Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Dan Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Surah al-Baqarah 2:263)

Amalkan memberi maaf sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim)

Oleh itu, kita perlulah menjadikan amalan memaafkan sebagai tradisi harian dalam hidup kita sebagai seorang Muslim. Janganlah kita berdendam terutamanya dengan saudara mara kita sendiri.

Setiap malam sebelum mata kita terlelap dan menyelami mimpi, maafkan semua orang walaupun mereka tidak pernah memohon kemaafan daripada kita. In sya Allah, hati kita akan sentiasa lapang dan bebas daripada sebarang dendam.

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم