Al-Asmu’i bercerita: Aku sedang membaca ayat al-Quran berhampiran dengan seorang Arab Badwi iaitu ayat 38 daripada surah al-Ma’idah yang pada hujung ayatnya disudahi dengan “Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. Namun aku tersalah membacanya dengan menyebut, “Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Tiba-tiba orang Arab Badwi itu berkata: “Ini kalam siapa?” Jawabku, “Kalam Allah s.w.t..” Katanya, “Ulang semula.” Kemudian aku ulangi lagi dengan: “Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Katanya, “Ini bukan kalam Allah.” Kemudian aku tersedar dan menyebut: “Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Dan katanya, “Kamu benar. Inilah kalam Allah s.w.t..”
Aku bertanya: “Adakah kamu membaca al-Quran?” Jawabnya, “Tidak”. Aku bertanya lagi: “Bagaimana kamu tahu aku tersilap?” Katanya: “Hai lelaki, kalau Ia perkasa nescaya Ia hukum dan kalau Ia pengampun nescaya Ia merahmati dan tidak akan memotong tangan tersebut.”
Aku berkata: “Ini menandakan cerdiknya lelaki Badwi itu dan kuatnya hubungan antara permulaan ayat (al-Quran) dan akhirnya.”
P/s sila rujuk (Surah al-Ma’idah, 5:38) untuk mengetahui ayat tersebut.
إرسال تعليق
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)