Hello, My SPM Result


khat bismillah dengan nama Allah yang Maha Pemurah  Maha Mengasihani

Alhamdulilah, pagi tadi dalam pukul 6 pagi selamat menjejakkan kaki kembali ke Kelantan. Perjalanan semalaman dari KL ke sini dirasakan amat panjang sekali (maklum la nak balik rumah, kan?). Tapi yang pentingnya hari ini adalah hari yang akan diumumkan keputusan SPM 2011 yang selama ini dinanti-nantikan oleh semua calon.

result sijil pelajaran malaysia 2011
kredit gambar

Masih teringat lagi perjalanan kisah ingin ke sekolah untuk mengambil result. Semuanya tidak teratur. Saya berada di Salor (antara Kota Bharu dan Pasir Mas) dan sekolah saya di Tanah Merah. Saya dirundung dilema. Macam mana nak ke sekolah ni? Nak bawa transport sendiri, tak ada. Nak tumpang kawan, semua dah penuh. Tiba2 ada seorang sahabat dari Pasir Mas hantar sms: 

"Slm, nk t0lak kul wape, hjat n0k tumpng?" 

"Xde transport..xtau nk g camne!"

"J0m ah naik bas"

"Nk jmpa kat mana? Kul wape nk g?"

"K0 t0lak r sktr 9.30-10, aq ready stesen p.mas, kte p skali"

Rasa macam ada harapan baru. Saya setuju dengan cadangannya. Dari kediaman, saya menanti ketibaan bas untuk menuju ke stesen bas Pasir Mas. Punyalah lama bas tu nak sampai, sampai berpeluh saya dibuatnya. Apakan daya, kenalah bersabar menanti kerana saya tahu sahabat saya setia menunggu di sana.

Dipendekkan kisah, akhirnya kami sampai juga ke sekolah yang banyak mencalit nostalgia yang sukar dilupakan selama menuntut di situ. Kami bertemu sahabat2 dan bersalam-salaman sesama kami. Saya rasa bahagia tapi apa yang menyedihkan, sahabat baik saya dari negeri Darul Ridzuan tidak dapat hadir bersama ketika itu...huhu~
 
Sungguh hati ini begitu berdebar apabila memikirkan result yang bakal diperolehi. Adakah cemerlang atau kecundang? Adakah baik atau emm...tak berapa nak baik? Eishh...jantung berdegup laju, tubuh menggeletar, jiwa meronta tatkala ingin mengambil slip yang sedang diagihkan oleh guru2 tercinta.

Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat straight A saya bersyukur dan redha dengan keputusan yang diperoleh. Semua itu adalah kurniaan dari Ilahi. Saya harap para sahabat seperjuangan juga bersyukur dan redha serta berlapang dada dengan result SPM masing2.

"Tahniah kepada semua calon SPM kerana telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menghadapi  peperiksaan ini!!!"

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم