Mengapa kita dicipta?




Alhamdulillah, akhirnya dapat juga buat post baru setelah sekian lama tak dapat update blog ni... Awal-awal masuk u ni susah la sikit. Mungkin nanti dah ada laptop sendiri senanglah sikit... InsyaAllah~

Manusia. Makhluk yang paling istimewa atas dunia ini. Allah telah berfirman dalam Alquran yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian" (Surah at-Tin 95: 4).

Manusia dikurniakan akal untuk berfikir, tidak seperti malaikat dan haiwan yang tidak mempunyai akal. Persoalan sekarang, sedarkah kita apakah tujuan manusia, yakni kita sendiri diciptakan? Allah telah berfirman yg bermaksud: "Sesungguhnya tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku."

Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana nak buat ibadat sepanjang masa, kan? Sebenarnya ibadat ini bukanlah sekadar solat, zikir dan puasa semua tu, tapi semua perbuatan kita boleh jadi ibadat jika kita niat untuk ibadat dan ikhlas kerana Allah s.w.t.. Faham tak? Bukanlah ibadat ni hanya berada atas sejadah 24 jam, duduk berzikir dan bersolat saja, tapi belajar, bekerja, tolong orang dan sebagainya boleh jadi ibadat.

Saya mengingatkan para pembaca dan juga diri saya sendiri agar sentiasa ingat kepada Allah dalam setiap perbuatan dan dalam apa jua keadaan pun tidak kira susah atau pun senang. Bertaqwalah kepada Allah!

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم