'Upgrade' Amalan Jadi Ibadah!

dengan nama Allah

Post ni sebagai penerangan yang lebih lanjut tentang post yang sebelum ni yang bertajuk Mengapa kita dicipta? Setiap rutin dalam kehidupan harian kita boleh menjadi ibadah asalkan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. 

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:
  • Amalan yang dikerjakan itu hendaklah bertepatan dengan hukum-hukum syariat Islam dan tidak bercanggah dengannya.
  • Amalan-amalan itu diiringi dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Seorang Muslim mesti mempunyai niat untuk memelihara kehormatan dirinya, memberi manfaat kepada ummah dan memakmurkan bumi Allah.
  • Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan bersungguh-sungguh. Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT suka apabila sesorang daripada kamu membuat sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh." (HR al-Baihaqi)
  • Ketika membuat kerja-kerja hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya. Contohnya tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.
  • Tidak melalaikan kewajipan ibadah-ibadah yang khusus dalam mengerjakan amalan-amalan dunia seperti solat, puasa dan sebagainya. 


Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” (Surah An-Nur: 37)

Jadi, apabila seseorang itu dapat menuruti syarat-syarat tersebut dalam pekerjaan harian, dia telah dikira sentiasa beribadah sepanjang hari walaupun tidak berada di masjid-masjid atau tempat-tempat ibadah yang lain.

Selamat Beribadat Sepanjang Masa!

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم