Salam Syawal. Kita masih lagi berada dalam bulan Syawal tapi sudah hampir dengan penghujungnya. Semua dah cukup ke puasa 6 bulan Syawal? Saya nasihatkan semua buatlah perkara sunat ini. Kalau yang masih berbaki beberapa hari lagi tu boleh la nak habiskan...
Apa? Ada yang tak start lagi? Maknanya kalau nak cukupkan puasa 6 tu kena la mula secepat mungkin! Kita sekarang berada dalam 23 Syawal 1433H. Maknanya Maghrib nanti dah masuk 24 haribulan. Amacam? Boleh tak buat terus 6 hari berturut-turut? Huhu~
Kenapa saya nasihatkan macam ni? Puasa enam ni ada kelebihannya. Abu Ayub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. yang bermaksud “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.
Al-Tabarani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.”
Tidak mahukah kita menurut amalan Nabi kita yang mulia? Tuhan dah janjikan pahala yang amat besar, takkan kita tak nak merebutnya? Hisablah dirimu sebelum diri dihisab di akhirat kelak~ Selamat beramal!
إرسال تعليق
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)