Siapakah Zinnirah?

Setiap kali dengar lagu nasyid Zinnirah (UNIC), saya terfikir apakah zinnirah itu? Macam perkataan Arab ke apa? Saya google je perkataan zinnirah. Alhamdulillah, persoalan yang mengusik minda terungkai jua. Rupa-rupanya dia adalah seorang hamba abdi pada zaman Rasulullah SAW yang tetap teguh imannya walaupun fizikalnya disiksa dengan teruk sekali oleh tuannya. Allah telah memberi penghormatan kepadanya kerana pengorbanannya yang begitu hebat.

Kisah Zinnirah saya akan post pada entri seterusnya. Bersama post ni saya sertakan lirik nasyid Zinnirah karya munsyid tersohor tanah air, UNIC dalam album See You di IPT. Kalau nak download nasyid tu boleh klik sini. Selamat menghayati:)

Zinnirah
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic

Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi

Sumber http://www.hijjaz.com.my

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم