Cium Tangan Guru

Bersalaman dengan guru

Macam mana cara kita bersalam dengan guru kita? Adakah kita cium tangannya atau pun tidak? Kalau cium baguslah, itu tanda kita menghormati guru kita. 

budak cium tangan sebagai tanda menghormati guru
Kredit gambar

Biasanya macam mana kita buat? Letak dahi atau hidung atas tangan guru? Atau salam dengannya pastu cium tangan sendiri? Kalau yang letak dahi atau hidung boleh tahan lagi tapi yang peliknya kalau yang cium tangan sendiri. Apasal pelik bangat ni:p

Yang baiknya macamana?

Ok, berdasarkan apa yang guru saya cakap tadi, kita salam dan cium tangan guru kita, tangan guru ye, bukan tangan diri sendiri. 
Tapi ada juga sesetengah guru yang tak bagi anak murid dia cium tangannya sebab merasakan dirinya begitu dhaif dan tidak layak dihormati sebegitu. Biasanya syeikh-syeikh Arab yang tak bagi melainkan untuk anak-anak muridnya yang amat rapat sahaja.
Apapun, apabila bersalaman, ciumlah tangan guru kita untuk mengambil berkat atas ilmu yang diajarinya. Amalkan amalan mencium tangan guru setiap kali habis satu sesi pengajian. In sya Allah ilmu yang kita pelajari akan memperoleh keberkatan. Wallahua'lam.
p/s: Guru ialah sesiapa sahaja yang mengajarkan ilmu kepada kita, bukan hanya guru yang mengajar kat sekolah sahaja. Kalau guru yang lain gender tu tok sah duk nak salam sangat lah, semua orang tahu haram...kecuali sesetengah golongan yang masih tak faham.

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم