First Project in Workshop

bismillahirrahmanirrahim

28 Oktober 2013 - Hari ni kali pertama masuk buat projek dalam workshop. Ni merupakan salah satu daripada subjek yang saya ambil untuk semester ni, Manufacturing Process Lab atau kodnya MEFB121.

Antara projek yang kami perlu buat ialah lathe, milling, shaping, drilling & grinding, fitting, gas welding dan arc welding. Dalam subjek ni, kami dibahagikan kepada lima kumpulan untuk lakukan tugasan berbeza mengikut jadual dan tempoh masa bagi subjek ni 4 jam! (First time credit hour panjang macam ni...)

Saya kumpulan D dan hari ini saya buat drilling & grinding, jadi kumpulan lain buat projek selain itu dan akan bertukar-tukar setiap minggu. Dengan ini, semua orang akan dapat peluang untuk buat semua projek.

Drilling dan grinding ni, tugasannya, kami dibekalkan sekeping logam, seorang satu keping. Kemudian, kami disuruh untuk mengukur spesifikasi bahan tu dan tandakan mengikut yang ditunjukkan. Selepas itu kami perlu tebuk lubang di kawasan yang ditanda pada logam itu. Akhir sekali, proses untuk hilangkan sedikit kecacatan yang semestinya akan berlaku bila buat drilling ni.

Kawan saya tengah mengendalikan mesin drilling.
Lepas siap tu, kami kena siapkan report bagi projek yang kami buat hari tu. Objektif, bahan-bahan dan alat-alat yang digunakan, lukisan banyak sudut (multiview drawing) dan macam-macam lagi kena ada dalam report. Dateline nak hantar, sebelum start projek baru yang minggu depan.

Masuk dalam workshop, masa start buat kerja tu rasa macam seronok je (mungkin la bagi orang baru, tapi perasaan orang yang dah kerja hanya diorang sahaja yang tahu), tapi saya fikir mesti lagi senang nak buat benda tu kalau dah mahir nak guna semua alat yang ada, betul tak? Ni buat pun merangkak-rangkak je, maklum la tak baca manual...hehe.

In sya Allah, akan update lagi untuk projek akan datang kalau berkesempatan. Harapan agar pembaca dapat menyokong dan memberi kata-kata perangsang untuk saya terus maju!

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama