Sudah sekian lama blog ini, GREEN LEAF, dibiarkan tidak terurus, dibiarkan begitu sahaja dengan header yang menyatakan 'Sorry... This Blog Is Under Maintenance, It Will Not Be Updated For A While'. Pada awalnya, memang saya fikir memang akan berhenti terus daripada blogging, kerana asyik je tiada idea untuk dikongsi, tapi bagaikan ada sesuatu yang menyekat jiwa saya daripada melakukan perkara itu.
Sumber Inspirasi
Sepanjang berhenti, memang saya tak fikir langsung pasal blog ni. Akan tetapi, setelah sampai satu masa yang dijanjikan Ilahi, Dia pertemukan saya dengan blog yang menjadi bacaan utama saya setiap hari, blog yang menjadi inspirasi buat saya dan pembangkit semangat untuk kembali ke dunia blog yang hampir lingkup dalam diri.
Sukacitanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat blogger Panduan OhBlogger Blogspot Malaysia, HH yang telah menghasilkan blog yang banyak memberi petunjuk dan membantu blogger-blogger macam saya yang jahil dalam ilmu blogging untuk terus belajar sedikit demi sedikit. Tidak dilupakan juga kepada blogger Kujie2.com (jumpa melalui blog HH) yang tidak kurang hebatnya. Mereka tidak kedekut ilmu dan sering berkongsi benda yang boleh saya anggap baru walaupun sememangnya ramai yang dah tahu. Selain itu, melalui blog mereka juga, saya dapat tahu lagi pasal blogger-blogger tanah air yang lain.
Blogku yang Bulu Bukanlah yang Sekarang
Dulu, rupa blog ni tidak seperti yang dilihat sekarang, saya dah buat sedikit pengubahsuaian dengan sedikit sentuhan ilmu blogging yang selama ini tak pernah dihiraukan, ilmu SEO (walaupun tak berapa faham sangat) yang memang saya tak pernah dengar pun tentangnya sebelum ni, ubahsuai blog menjadi lebih baik dan menarik dan juga tukar header baru dengan sedikit kepakaran dalam mengubahsuai gambar. Oleh itu, terhasillah blog seperti sekarang ini. In Sya Allah akan disesuaikan lagi dengan penambahbaikan yang lain.
Harapan kali ini, walaupun saya tahu saya tak mampu untuk konsisten dalam perkara ini atas desakan belajar dan urusan-urusan lain, saya akan cuba cari masa untuk berblog demi mencapai tujuan asal saya membina blog ni, yakni untuk berkongsi ilmu dan juga meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri saya sendiri. Saya akan terus belajar ilmu-ilmu, di samping cuba menjana sedikit pendapat sampingan seperti yang dikecapi blogger lain.
Saya juga berharap blogger-blogger veteran yang dah lama berkecimpung dalam dunia blogging ni dapat memberi tunjuk ajar buat saya yang masih hijau lagi dalam dunia ni. Tidak dilupakan juga sokongan daripada para pembaca (ada ke orang nak baca blog macam ni...?) yang berkunjung dan meninggalkan komen yang positif mahupun yang sekadar lalu sahaja.
Akhir sekali, terima kasih buat semua yang memberi tunjuk ajar melalui post-post mereka serta yang menjadi rujukan saya dalam mempelajari sesuatu ilmu dan membangun semula GREEN LEAF. Sekalung penghargaan saya persembahkan walaupun saya tahu mereka sendiri tidak tahu menahu tentang kewujudan saya yang kerdil ini.
Kredit HH | Kujie2.com | Blogger-blogger
إرسال تعليق
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)