Futsal Pertama 2014

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah main futsal buat kali pertama tahun 2014. Sebenarnya saya bukan yang jenis aktif bersukan, cuma sekali-sekala bersama rakan-rakan pergi main futsal kat tempat-tempat futsal yang berlambakan di Bandar Baru Bangi ni.
kali pertama main futsal tahun 2014
Kredit

Hari ini juga saya rasa ada peningkatan baru dalam cara permainan saya. Biasanya saya hanya main kat belakang je, depan penjaga gol sebagai defender. Tapi hari ini saya berjaya memecahkan my sense of fear dengan bergerak maju lagi ke hadapan melepasi garisan tengah court serta menyerang di hadapan gol.

"Ala, ni pun kata kemajuan? Benda basic je pun..." Mungkin sesetengah orang berfikir macam ni tapi bagi saya ia tetap menunjukkan saya mempunyai potensi untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
Kalau nak tunggu masa depan entah bila lagi saya akan main. Saya bukan yang fanatik bola pun. Ni pun nasib baik kawan merayu untuk saya pergi kalau tak memang saya nak mengadap blog je malam ni memandangkan ada sikit masa terluang.
Alhamdulillah ada juga update untuk hari ini walaupun jam telah menghampiri pukul 12 malam, menunjukkan bahawa kita akan masuk tarikh baru ikut kalendar Masihi.

9 تعليقات

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. i know that feel bro..
    selalu kalau main futsal mmg duk posisi defend je.. x pndai sangat nk main bola.. main pun sekadar x nk kawan kecik hati bila ajak kita main bola..

    ردحذف
  2. Tidak kira dalam apa jua yg dilakukan, perlu ada keyakinan diri barulah boleh maju setapak lagi.

    ردحذف
    الردود
    1. Ya, tanpa keyakinan kita akn terus kekal di takuk yang lama...

      حذف
  3. Masa bujang2 dulu slalu gak kain futsal..sekarang dah kwen mmg xde la..hubby tak bg..netball dia bg ! Hehe

    ردحذف
    الردود
    1. CN main jugak? Mesti anak-anak murid pun bersemangat ni...hehe

      حذف
  4. الردود
    1. In sya Allah. Hanya dengan izin-Nya segalanya boleh berlaku...

      p/s tiba2 saya jadi professional pun boleh terjadi...kih3

      حذف

إرسال تعليق

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم