Suatu petang, seorang lelaki yang merupakan seorang suami dan ayah kepada dua orang cahaya mata baru pulang ke rumah dari tempat kerjanya.
Sebaik sahaja masuk kawasan halaman rumah, dia agak terkejut dengan situasi yang dilihatnya ketika itu; kedua-dua anaknya sedang berkejar-kejaran sambil badan mereka dipenuhi dengan cat berwarna coklat dan sebuah lubang di cermin tingkap yang sebesar bola tenis.
Masuk ke dalam rumah, dia mendapati ruang tamu bersepah, bilik-bilik berterabur dengan berbagai benda dan tiada makan malam tersedia untuknya di meja makan.
Tanpa berlengah lagi, dia bergegas naik ke tingkat atas menuju ke kamar tidurnya dek kerana bimbang mungkin sesuatu terjadi kepada isterinya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati isterinya dengan begitu selesa berbaring di atas katil sambil membaca sebuah majalah.
"Apa yang berlaku sebenarnya ni?" tanyanya kepada isteri. Isterinya hanya tersenyum lebar dan bertanya, "Abang masih ingat Abang tanya saya semalam, apa sangat yang saya buat kat rumah?" Dia mengangguk. Isteri hanya membalas dengan ringkas, "Hari ini saya tak buat".
Wahai lelaki, jangan bandingkan pekerjaan kita dengan seorang isteri yang merupakan surirumah hanya kerana anda rasa anda yang berpenah lelah bekerja mencari nafkah.
Wahai perempuan, tolong jangan buat macam ni kat suami anda! Naya kat suami hang, tak baik tau! Hehe...
Kalau Isteri Bercuti
Wafi Remli
40
Tags
kisah
Wafi Remli
Saya seorang dealer Public Gold. Saya sedia membimbing anda untuk mulakan simpanan emas.
Join channel Telegram untuk dapatkan ilmu tentang emas percuma
niCe! ingatkan apalah td! hehe
BalasPadamSaje nak tunjuk keadaan bila ketiadaan isteri, untuk kesedaran para suami...err, dan bakal suami (nak bagi juga diri sendiri kena...hehe)
PadamSaling memahami dan menghormati itulah kunci kebahagiaan.
BalasPadamTerima kasih atas tips.
PadamJasa isteri sbg suri rumah mmg besar.. hargailah isteri. Slmt berhujung minggu Wafi.. :)
BalasPadamIsteri pun amanah Allah juga yang perlu lelaki jaga:D
PadamSesekali isteri tunjuk perasaan macam tu jadinya...
BalasPadamNauzubillah...hehe
Padamlelaki bekerja 8 jam sehari..
BalasPadamsuri rumah hanya dapat merehatkan diri kurang daripada 8 jam sehari..
salam hujung minggu wafi..
BalasPadamYa...
Padambahaya kalau suri rumah bercuti..hehehe.
BalasPadamBetapa pentingnya suri rumah, huhu
Padamapa yang penting kerjasama......salam singgah kat sini....
BalasPadamSama-sama mainkan peranan!
PadamHehe don't just compare what other's do with us, some people may work harder than we might think :D
BalasPadamYa, betul tu...
Padamsekali sekala tak salah kalau suami yang buat kerja rumah..bagi chance sikit isteri rehat
BalasPadamSuami mithali:)
PadamSaya hampir setahu jadi suri rumah jadi beza kerja rasa jadi suri rumah penat.kalau tak buat dia akan soal "kamu lupa buat sesuatu ker atau dia bg jawapan tahu saya penat atau demam maka kerja rumah off mana mampu akan buat
BalasPadamBuat sekadar kemampuan...huhu
PadamAssalamualaikum,
BalasPadamSuami memang perlu ada inisiatif untuk menolong isteri membuat kerja-kerja rumah macam mengemas,membasuh baju,melipat baju ,Ganti cadar katil bantal.
Itu dinamakan suamiku bukan Arrogant
Salam perkenalan bro.
Salam perkenalan, jemputlah singgah lagi: )
PadamBetul2..jangan buat macam ni kat suami..kesian..hahahaha
BalasPadamNaya boleh bini camni...
Padamjangan pernah perkecilkan apa yg isteri buat.
BalasPadamnanti kecik hati dia...
Padambila dia kecik hati, kita yg susah.. heheh
PadamCiannyer...haha
Padamhahaha.. tu laa,, tanya lagi soalan gitu :P
BalasPadamKak Muja janganla buat macam ni kat suami kat muja nanti kawin...
Padamkepada yang ada isteri hargailah mereka.. jangan pandang rendah padanya
BalasPadamkena pandang tinggi kerja mereka...
PadamNak ketawa pun ada :D
BalasPadamMemang asal cerita ni cerita lawak pun...hehe
PadamSurirumah sepenuh masa, itulah isteri idaman hatiku.
BalasPadamBaru senang nak asuh anak, tak payah cari pengasuh...
PadamNice sharing Wafi
BalasPadamTerima kasih berkunjung ke sini...
BalasPadamSurirumah pun banyak tau kerja kena buat
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)