Kalau Isteri Bercuti

Suatu petang, seorang lelaki yang merupakan seorang suami dan ayah kepada dua orang cahaya mata baru pulang ke rumah dari tempat kerjanya.

gambar jendela atau tingkap yang pecah di rumah merah

Sebaik sahaja masuk kawasan halaman rumah, dia agak terkejut dengan situasi yang dilihatnya ketika itu; kedua-dua anaknya sedang berkejar-kejaran sambil badan mereka dipenuhi dengan cat berwarna coklat dan sebuah lubang di cermin tingkap yang sebesar bola tenis.

Masuk ke dalam rumah, dia mendapati ruang tamu bersepah, bilik-bilik berterabur dengan berbagai benda dan tiada makan malam tersedia untuknya di meja makan.

Tanpa berlengah lagi, dia bergegas naik ke tingkat atas menuju ke kamar tidurnya dek kerana bimbang mungkin sesuatu terjadi kepada isterinya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati isterinya dengan begitu selesa berbaring di atas katil sambil membaca sebuah majalah.

"Apa yang berlaku sebenarnya ni?" tanyanya kepada isteri. Isterinya hanya tersenyum lebar dan bertanya, "Abang masih ingat Abang tanya saya semalam, apa sangat yang saya buat kat rumah?" Dia mengangguk. Isteri hanya membalas dengan ringkas, "Hari ini saya tak buat".

Wahai lelaki, jangan bandingkan pekerjaan kita dengan seorang isteri yang merupakan surirumah hanya kerana anda rasa anda yang berpenah lelah bekerja mencari nafkah. 

Wahai perempuan, tolong jangan buat macam ni kat suami anda! Naya kat suami hang, tak baik tau! Hehe...

40 تعليقات

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. الردود
    1. Saje nak tunjuk keadaan bila ketiadaan isteri, untuk kesedaran para suami...err, dan bakal suami (nak bagi juga diri sendiri kena...hehe)

      حذف
  2. Saling memahami dan menghormati itulah kunci kebahagiaan.

    ردحذف
  3. Jasa isteri sbg suri rumah mmg besar.. hargailah isteri. Slmt berhujung minggu Wafi.. :)

    ردحذف
  4. Sesekali isteri tunjuk perasaan macam tu jadinya...

    ردحذف
  5. lelaki bekerja 8 jam sehari..
    suri rumah hanya dapat merehatkan diri kurang daripada 8 jam sehari..

    ردحذف
  6. bahaya kalau suri rumah bercuti..hehehe.

    ردحذف
  7. apa yang penting kerjasama......salam singgah kat sini....

    ردحذف
  8. Hehe don't just compare what other's do with us, some people may work harder than we might think :D

    ردحذف
  9. sekali sekala tak salah kalau suami yang buat kerja rumah..bagi chance sikit isteri rehat

    ردحذف
  10. Saya hampir setahu jadi suri rumah jadi beza kerja rasa jadi suri rumah penat.kalau tak buat dia akan soal "kamu lupa buat sesuatu ker atau dia bg jawapan tahu saya penat atau demam maka kerja rumah off mana mampu akan buat

    ردحذف
  11. Assalamualaikum,
    Suami memang perlu ada inisiatif untuk menolong isteri membuat kerja-kerja rumah macam mengemas,membasuh baju,melipat baju ,Ganti cadar katil bantal.
    Itu dinamakan suamiku bukan Arrogant
    Salam perkenalan bro.

    ردحذف
  12. Betul2..jangan buat macam ni kat suami..kesian..hahahaha

    ردحذف
  13. jangan pernah perkecilkan apa yg isteri buat.

    ردحذف
  14. hahaha.. tu laa,, tanya lagi soalan gitu :P

    ردحذف
    الردود
    1. Kak Muja janganla buat macam ni kat suami kat muja nanti kawin...

      حذف
  15. kepada yang ada isteri hargailah mereka.. jangan pandang rendah padanya

    ردحذف
  16. Surirumah sepenuh masa, itulah isteri idaman hatiku.

    ردحذف
  17. Terima kasih berkunjung ke sini...

    ردحذف
  18. Surirumah pun banyak tau kerja kena buat

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم