Masalah Yang Bukan Masalah

Pada suatu masa, seorang lelaki telah diambil bekerja oleh seorang pemilik hutan balak yang besar untuk menebang pokok-pokok yang terdapat di hutan balaknya.

running man jaesuk cutting wood with an axe


Oleh kerana usianya masih muda dan tubuhnya yang sasa serta gagah perkasa, dia yakin dia dapat menunaikan tanggungjawab itu tanpa banyak masalah.

Dia telah dibekalkan dengan sebilak kapak yang tajam dan dia berjanji dengan majikannya bahawa dia akan melaksanakan tugasannya dengan bersungguh-sungguh.

Pada hari pertama pekerjaannya, dia telah berjaya memotong 21 batang pokok. Majikannya berasa amat seronok dengan tugasan yang dilakukan dengan baik itu. Dia lantas memuji dan memberi dorongan agar hasil keesokan harinya bertambah baik.

Gembira dengan penghargaan sebegitu rupa oleh majikannya, dia bertekad untuk melakukan kerjanya dengan lebih rajin dan tekun agar dapat menggembirakan hati majikannya. Kebanyakan masanya termasuk hujung minggu dihabiskan dengan menebang balak di hutan itu.

Akan tetapi, hasilnya berlainan daripada yang diharapkan. Dari hari ke hari, prestasi kerjanya seakan-akan berkurang kerana walaupun dia bekerja lebih masa tetapi jumlah pokok yang berjaya ditebangnya semakin berkurang.

Dia pergi ke pejabat majikannya untuk meminta maaf atas apa yang berlaku, “Maafkan saya, tuan. Saya rasa saya dah lemah kerana prestasi kerja saya dah berkurang.”

“Kenapa kamu kata begitu?” Tanya majikannya.

“Sebab dari hari ke hari jumlah pokok yang mampu saya tebang bukannya semakin bertambah, tapi menjadi semakin berkurang.”

“Bila kali terakhir kamu asah kapak kamu?”

“Asah? Maafkan saya, tuan. Manalah saya ada masa untuk mengasah kapak ni, saya sibuk menebang pokok-pokok yang masih banyak dalam hutan tu.”

Mungkin ada antara kita yang apabila diuji dengan suatu masalah dia terus berputus asa daripada melakukan sesuatu kerja itu. Terkadang masalah yang dihadapi dan difikirkannya sebagai masalah itu bukanlah masalah yang utama sebaliknya ada masalah yang lebih utama lagi. Hanya perlu melihat dengan mata hati.

29 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Good one wafi..Bila kita dah terbiasa, kadang-kadang benda yang paling simple pun mungkin tak nampak..then cepat mengalah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan sampai diri kita terbiasa dengan sikap cepat mengalah...

      Padam
  2. selalu tak nampak atau buat2 tak nampak punca masalahsebenar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang kena ada orang yang tunjuk baru kita perasan kan.

      Padam
  3. Kadang-kadang, perkara yang penting tu selalu kita terlepas pandang disebabkan perkara -perkara yang kurang penting..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila minda hanya nampak matlamat tapi tak keluar daripada masalah sebenar yang menghalang...

      Padam
  4. suka dengan perkongsian ni..sebelum mengalah atau kecewa dengan sesuatu yang terjadi, perlu kaji dulu punca yang sebenar kan

    BalasPadam
  5. sangat bagus entri ini... permasalah itu ada penyelesaianya jika di perhalusi .. ^_^

    BalasPadam
  6. nice story.. lihat masalah yg sebenar..

    BalasPadam
  7. Walaupun cerita dia pendek, tapi seronok baca sebab mesej yang tersirat dapat disampaikan kepada pembaca.

    P/S : Membalas kunjungan dan follow back.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya kita saling berbalas kunjungan: )

      Padam
  8. Betul tu.. kdg2 ada org yg melihat tetapi tak nampak.. t kasih diatas perkongsian wafi.. :)

    BalasPadam
  9. satu pengajaran yg baik kpd kita semua...analogi dlm hidup..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga semua orang dapat ambil pengajaran..

      Padam
  10. Kita selalu lupa nak asah kapak kita...sebesar mana pun masalah kita, ia akan dapat kita atasi inshaaAllah. Masalah kita itu sebanarnya sangat ciput kalau nak bandingkan dengan masalah orang lain. Berhenti sejenak, tarik nafas, lepas, renung dan fikir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...dan lihat dengan mata hati apa yang kita terlepas sebenarnya...

      Padam
  11. Terima kasih kongsikan cerita yang bermanfaat ni...bukan sekadar serita kosong sahaja..hehe/..

    BalasPadam
  12. Ya...berputus asa bukan jalan penyesaian dan tidak semua masalah itu berpunca dari isu yg besar. Pengajaran yg amat berguna disebalik kisah ini. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda yang kita tak nampak secara zahir pun boleh jadi masalah...huhu

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama