Nur Lembah Pangsun |
Program ni boleh dikategorikan
juga sebagai kem kepimpinan sebab kami diajar cara mengendalikan
mesyuarat ataupun perbincangan, membuat perancangan program siap degan pembahagian tugas dan disediakan beberapa
permainan bagi menyedarkan kita hakikat sebenar ranjau dan liku-liku dalam
kehidupan. Kalau nak ceritakan semua mungkin tidak mampu tapi begitulah
gamaknya gambaran secara kasar program yang kami sertai tempoh hari.
Berbalik kepada tujuan asal entri, saya
ingin menceritakan serba sedikit tentang Nur Lembah Pangsun yang merupakan
salah satu cabang dalam Nur Eco Resorts.
Tempat ini merupakan sebuah pusat peranginan yang dikelilingi alam semula jadi yang menjadi daya tarikannya.
Berdasarkan kedudukannya, ia
terletak dekat dengan alam dan tidak jauh daripada bandar. Kalau nak kira
daripada Kuala Lumpur mungkin tak sampai sejam dah sampai ke sana. Kalau nak
alamat lengkap bolehlah rujuk sini. (klik)
NLP bukanlah sebarang pusat
peranginan yang biasa, ia juga boleh menjadi tempat yang bakal memberi anda
pengalaman baru dengan banyak aktiviti-aktiviti menarik yang tersedia. Ia amat
sesuai untuk buat program sekolah, universiti, hari keluarga, kursus, seminar,
mesyuarat dan banyak lagi!
Saya ada baca senarai aktiviti yang
terdapat di situ dalam banting yang tergantung di dalam kawasan. Memang banyak
dan rasanya tak sempat kalau nak buat semua tu dalam masa sehari. Antara
aktiviti yang tersedia ialah flying fox, wall climbing, jungle trekking, solo
night walk, kayak, ekspedisi mencabar dan macam-macam lagi! Saya baca pun dah
teruja kerana banyak aktiviti yang saya tak pernah cuba lagi.
Tempat penginapan ada banyak
jenis daripada jenis villa, homestay, chalet, dorm dan juga tapak perkhemahan.
Selain itu, ada juga kemudahan lain seperti surau, dewan seminar, wakaf dan
satu padang yang diletak nama ‘Stadium Nur Lembah Pangsun’. Sebenarnya ada
tasik yang menjadi pemandangan di hadapan chalet-chalet tapi masa saya pergi
hari tu nampak macam takde air je...kebetulan kut.
Setakat itu sahajalah penerangan
saya tentang NLP. Saya sendiri pun tak terokai sampai habis satu NLP sebab
program saya hanya berlangsung di bahagian hadapan sahaja. Kesimpulannya, NLP amat sesuai untuk anda
makan angin bersama keluarga, nak buat reunion dengan kawan-kawan lama atau buat
apa-apa kursus dan seminar sama ada peringkat sekolah mahu pun kampus. In sya
Allah, anda tidak akan menyesal!
p/s: Maaflah sebab tak sertakan gambar banyak-banyak.
perkongsian yg menarik.. tapi gambar tu x boleh nk tengok la...
ردحذفMinta maaf banyak-banyak...
حذفoo patutlah ade nur.. haha.. lama dh tak g sana
ردحذفOo, Abg Zam pernah gi...
حذفNot Bad nama tempat ni..dah macam nama orang..tapi agak menakutkan..he..he
ردحذفMula2 susah nak ingat, pastu ingat keyword dia: NLP, baru boleh sebut dengan betul...
حذفPernah pergi Lembah pangsun ni tapi bukan di kem tu la.. Masa tu dapat jemputan Bos ke rumah inapnya disana. Tempat yg cantik dan nyaman. Masih terpelihara keindahannya. Paling best kalau musim buah :)
ردحذفp/s: Geram tgok header...mcm sesuai utk niche blog relaks minda jer...hehe
Hehe...header baru buat semalam. Masih ada penambah baikan perlu dilakukan: )
حذفfollow here :3
ردحذفmacam pernah dengar,... oo.. gitu kisahnya..
ردحذفEmm cantik nama tempat ni..rasa macam nak jenguk ini tempat..try jungle trekking mesti menyeronokkan..hehe
ردحذفTu lah, rasa nak try gak^ ^
حذفLama dah tak ke pangsun, tp tak tau pun ada nama tempat mcm tu di sana.. thanks sharing Wafi. Semoga ilmu yg diperolehi dpt membantu ke arah kebaikan semua.. :)
ردحذفIn sya Allah...
حذفAgak menakutkan nama tempat tu.. tapi bila dah baca artikel ni, menarik.
ردحذفMenakutkan macam mana tu? Haha
حذفOh, begitu sejarahnya. Tapi tak pernah pergi pun tempat tu.
ردحذفbaru nak tngk gambar. hehe
ردحذفإرسال تعليق
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)