Ganjaran Dunia vs Ganjaran Akhirat

Perasankah anda? Dalam mengamalkan doa dan zikir yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para alim ulamak, biasanya kita hanya berminat untuk mengamalkan amalan yang menjanjikan ganjaran dunia, jarang manusia tertarik dengan ganjaran akhirat.

gambar tangan ingin mencapai dunia


Seandainya ganjaran tersebut berkaitan dengan dunia seperti panjang umur, cepat dapat jodoh, murah rezeki, kaya, lulus peperiksaan, dan sebagainya, pantas kita bersemangat untuk mengamalkan amalan itu dek keinginan terhadap ganjaran yang dijanjikan.

Kenapa kurang bersungguh-sungguh pula minta kepada Allah untuk diampunkan dosa-dosa, diberi keberkatan dalam setiap pelajaran yang dipelajari, diredhai dalam setiap perbuatan dan semoga hati suci daripada segala hasad dengki terhadap manusia lain? Kenapa seseorang manusia itu boleh menjadi berfikiran sebegini? Ini kerana hati kita lebih tertarik kepada dunia yang sementara berbanding akhirat yang kekal buat selama-lamanya.

Tidak dikatakan tidak boleh mengutip ganjaran dunia, tapi adakah kita ingat juga kepada akhirat dalam mengumpul keduniaan itu? Jangan hanya mahu kaya di dunia tapi akhirat kita papa kedana. Jangan hanya mahu kejayaan di dunia tapi kejayaan akhirat entah ke mana. Jangan hanya mahu umur yang panjang tapi tidak dimanfaatkan dengan buat kebaikan.

Allah SWT berfirman, mafhumnya: "Katakanlah (wahai Muhammad), "Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya?" (Iaitu) orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu adalah orang-orang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan (tidak percaya) terhadap pertemuan dengan-Nya. Maka sia-sialah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat." (Surah al-Kahfi, 18: 103-105)

Tanda orang yang sedar, dia selalu akan berfikir tentang adanya hari akhirat. Segala perbuatan yang dilakukan seperti memandu kereta, belajar, memasak, menjaga anak, berpidato dan beriadah akan sentiasa dikaitkan dengan akhirat yang bakal dihadapi oleh seluruh umat manusia kelak.

Di dalam sebuah hadis juga Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: "Orang yang bijak itu adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal (bekerja) untuk bekalan selepas matinya. (Manakala) orang yang lemah itu adalah sesiapa yang mengikut hawa nafsunya dan kemudian mengharap (pertolongan) Allah." (HR Tirmidzi)

Bagaimana dengan kita sendiri? Adakah kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang sedar dan bijak atau dalam golongan yang dinyatakan oleh Allah sebagai orang-orang yang paling rugi perbuatannya itu? Segalanya terpulang kepada diri kita sendiri sama ada kita hendak memilih ganjaran dunia sahaja atau beserta ganjaran akhirat juga.

Tepuk dada tanya iman masing-masing. Sesungguhnya dunia ini tidak kekal, ia hanya sementara. Akhirat jualah yang kekal abadi. Muhasabahlah diri dan ingatkan juga kepada orang lain selagi kita mampu untuk ingatkan. Jangan tunggu sehingga segala urat dan sendi sudah tidak dapat bergerak lagi baru kita nak memulakan dakwah kita.

Wallahua'lam.

P/s: Kredit untuk guru yang mengajar ilmu ini, seorang pengetua sebuah pondok yang menjadi pengkuliah Maghrib setiap malam Rabu di kampung saya. Jika ada sebarang kemusykilan, sila rujuk pakar agama (tok guru, ustaz) berdekatan anda. Semoga kita mendapat manfaat daripada entri ini dan maafkan saya atas segala kesilapan.

28 تعليقات

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Ganjaran dunia dapat dilihat dan dirasa, tetapi ganjaran pahala tidak nampak. Jika nampak...pasti semua orang akan berebut mendapatkannya. Begitu juga ganjaran diakhirat... Semoga kita tidak terleka dan lalai dgn nikmat duniawi...

    ردحذف
    الردود
    1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wafi kerana sudi berkunjung ke Relaks Minda dan menghantar entri ini sebagai Entri Pilihan Terbaik anda untuk dikongsikan dalam segmen Komen Entri.
      Semoga sedikit ulasan dan perkongsian anda ini dapat memberi manfaat dan kebaikan bersama. Terima kasih sekali lagi...ikuti komen entri anda di sini : http://relakssminda.blogspot.com/2014/05/berkongsi-kebahagiaan-menjalin-ukwah-ganjaran-akhirat.html

      حذف
  2. kena banyak ingat ttg akhirat juga

    ردحذف
  3. betul kata wafi..gajaran yg xnmpk susah org nk bt..

    ردحذف
    الردود
    1. Maaf, ini bukan kata daripada saya. Saya hanya berkongsi apa yang dinyatakan oleh ulamak... Harap maklum.

      حذف
  4. Yup selalunya kita manusia lebih suka dengan yang ganjarannya kelihatan. yang tak nampak yu memang susah kecuali yang imannya memang kukuh..semoga kita semua salah sorang daripada mereka.aminn!!!

    ردحذف
  5. ha ah biasanya kita lebih mengejar apa yang kita lihat. Mudah-mudahan kita berusaha mendapatkan kedua-duanya, ganjaran dunia dan ganjaran akhirat :)

    ردحذف
  6. Sesuatu yang tidak kelihatan menuntut kepercayaan yang teguh untuk mempercayainya..

    ردحذف
    الردود
    1. Ya, kena betul2 yakin dengan perkara itu...sepertimana kewujudan Tuhan, kalau orang tu tak yakin dia tak akan percaya...

      حذف
  7. smoga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yg sedar itu.. amiin..

    ردحذف
  8. Setuju.. mmg betul.. semoga kita semua sentiasa tergolong dlm kalangan org2 yg ikhlas dlm beribadah & melakukan kebaikan... aamiin..

    ردحذف
  9. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua,
    Sekarang lebih ramai mencari ganjaran dunia, akhir zaman. Semoga hamba Allah ini sedar tergolong dalam dua kategori itu sama banyak. Amin

    ردحذف
  10. salam.., jom join GA ni http://aliyahsyofia.blogspot.com/2014/02/first-giveaway-sempena-pembukaan-syofia.html

    hadiahnye kupon RM50 tau^^ btw done follow u :-)

    ردحذف
  11. singgah sini.
    terima kasih sudi follow ye..
    nak tahu Cikgu Faiz ni lelaki @ perempuan? hehe. baca entri ni ye... http://cikgufaizcute.blogspot.com/2011/11/cikgu-faiz-ni-lelaki-ke-perempuan.html

    ردحذف
  12. Hai thanx sudi singgah my blog. Thanks juga share benda bermanfaat ni :)

    ردحذف
  13. Dunia ni buat berpada-pada sahaja..yang akhirat kekal abadi tu jangan dilupa...thanks kongsikan dan sedarkan saya yang terleka ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Kebanyakan kita memang selalu leka...semoga lebih ramai yang akan tersedar...

      حذف
  14. Segala perlakuan kita ini biar ada akhirat in mind...baru untung sebenar2 untung.

    ردحذف
  15. الردود
    1. alam dan orang sekeliling kitalah yang selalu mengingatkan kita

      حذف

إرسال تعليق

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم