Padah Banyak Tanya


Seorang lelaki terkenal di kampungnya sebagai seorang yang suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Sikapnya itu mendatangkan banyak masalah kepada penduduk-penduduk lain. Terkadang soalannya bisa menggugat iman yang lemah lebih-lebih lagi jika persoalan itu menyentuh tentang hal-hal keimanan.

Gambar api abstract fire

Sedang melepak di kedai kopi, dia bertanya kepada kawan-kawannya, “Betul ke neraka itu tempat penyeksaan bagi makhluk-makhluk Allah yang ingkar kepada-Nya?” Salah seorang dari mereka menjawab, “Perkara tu dah memang pasti, neraka adalah tempat seksaan yang paling dahsyat. Api neraka ni kalau nak banding dengan api Bumi berkali-kali ganda kepanasannya.”

“Kalau macam tu saya nak tanya, syaitan dicipta daripada apa?” Tanya lelaki itu lagi.

“Apilah, apa lagi?”

“Neraka pula dicipta daripada apa?”

“Neraka pun diciptakan daripada api. Apasal kautanya benda ni?”

“Itulah persoalannya. Syaitan dan neraka dua-dua diperbuat daripada api. Apalah sangat seksa yang diterima oleh syaitan kalau dimasukkan dalam api juga?” Kawan-kawannya terkedu sesama mereka dan berfikir. Ketidak tahuan mereka tidak memungkinkan untuk mereka menjawab persoalan itu. Ya tak ya juga, begitulah gamaknya apa yang terlintas di hati mereka.

Salah seorang daripada mereka mencadangkan agar persoalan itu dibawa kepada Ustaz Yahya, seorang ahli agama yang paling disegani di kampung itu. Mereka terus bergegas ke rumah Ustaz Yahya untuk meminta penjelasan tentang perkara itu.

Lelaki itu bertanya tentang persoalan yang ditimbulkannya sebentar tadi. Tanpa diduga…PANG!!! Satu tamparan hinggap di pipi lelaki itu. Terkesima sebentar dengan apa yang baru dialaminya, dia bertanya kepada Ustaz Yahya, “Beginikah sikap seorang ahli agama apabila seseorang datang bertanya soalan? Soalan yang ditanya tamparan yang dibalasnya.”

“Jangan salah faham, itulah jawapan saya. Pipi kamu kulit dan tangan saya kulit. Kedua-duanya kulit jadi apalah sangat kesakitannya?”

“Sakitlah ustaz, pedih sangat-sangat.”

“Begitulah yang dialami syaitan bila dimasukkan dalam api neraka nanti!”

27 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Kan dah kena tampar.. hehe... Betul tu, Kulit bertemu kulit bila ditampar akan sakit. Samalah dengan Api bila bertemu api.. Jawapan ye sakit lah juga :)

    BalasPadam
  2. Pernah dengar cerita nie... Nice sharing... Menarik...

    Btw, thanks for visiting me!!! Salam perkenalan...

    BalasPadam
  3. tak pasal npt penampar free..heheh
    nice sharing..:)

    BalasPadam
  4. aduhh..sakit kene tampoooo..hehe...entry menarikk

    BalasPadam
  5. Walaupun berkali mendengar kisah ini tetapi ianya tetap segar. Kita perlu bijak dan berilmu untuk menjawab persoalan yg kadangkala ianya tampak mudah tetapi mengelirukan kerana ianya mampu menggetarkan iman jika kurang pengetahuan.

    BalasPadam
  6. pengajaran y amat bermakna...

    BalasPadam
  7. jawapan dah ada... kita ni tak payah susah fikirkan aturan Allah tu kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah dah buktikan, cuma kita yang tak nampak...

      Padam
  8. Pengajaran tu Wafi..Mesti ingat sampai bila-bila kan!!! salam Jumaat ya!!!

    BalasPadam
  9. jawapan yg bagus... tapi bagi saya, tak salah kalau rajin bertanya.. asalkan pertanyaan tu bertujuan yg baik, dan kena pada tempat, tanya pada ahlinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan tanya perkara yang sia-sia dan yang tak patut ditanya...

      Padam
  10. pngkongsianyg mnarik..bgus jawapan yg pak aji tu bagi..
    :)

    BalasPadam
  11. just nk kongsi, saya dah pernah dengar cerita yg hampir sama macam ni, tapi soalannya panjang lagi.
    seorang pemuda tu tanya 3 soalan kepada si alim tu. soalannya :
    1. seperti soalan dalam entri tu
    2. apakah yang dinamakan taqdir
    3. kalau betul tuhan itu ada, tunjukkan rupa tuhan tu macam mana.

    jawapan
    1. macam dalam entri atas tu
    2. pemuda tersebut tak terfikir yang dia akan ditampar. itulah taqdir untuknya..
    3. lepas kena tampar pemuda tu sakit. so, org alim tu suruh tunjukkan macam mana rupa sakit tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, tepat sekali. Apa yang saudara Pha Is ceritakan ialah cerita yang biasa kita dengar...lebih kurang sama je lah, kan. Terima kasih turut berkongsi di sini: )

      Padam
  12. Penampar yg besar pengertian & pengajarannya.. klu tak fikir lagi, tak taulah. T kasih diatas perkongsian Wafi.. :)

    BalasPadam
  13. Tu la..lain kali jangan banyak tanya yang pelik2..hehe

    BalasPadam
  14. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui...

    BalasPadam
  15. perkongsian yang menarik.. banyak tanya annoying juga... diam sahaja lah kalau dah tahu jawapan.

    http://iluvtour.com jemput singgah :DD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diam adalah yang terbaik. Tapi kalau betul2 tak tau sesuatu masalah agama kena rujuk juga, jangan tinggal sahaja sampai kita jadi jahil...

      Padam
  16. Satu analogi yang menarik dan amat tepat sekali.

    BalasPadam
  17. terbaik..sebab tu kita sebagai seorang muslim kena pandai membalas balik..memang berguna tamparan tu untuk orang orang macam tu..maka,jadi lah kita muslim yang berakal cerdas(genius) untuk menemplak soalan soalan yang tak patut di tanya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama