Sebab Dia Masuk Islam

Seorang wanita bukan Islam (Non-Muslim) telah berpindah ke sebuah negara Islam atas beberapa urusan kerjanya. Setelah beberapa lama berada di kalangan masyarakat Muslim dan melihat cara hidup mereka, dia menjadi begitu tertarik dengan Islam dan mahu belajar lebih lagi tentang agama Islam.

orang solat berjemaah ramai-ramai
Islam tidak mengira kaya dan miskin

Sejak itu, dia mula rajin pergi ke perpustakaan yang terletak tidak jauh dari tempat tinggalnya untuk membaca buku-buku berkaitan Islam. Dia juga sering meminjam beberapa buah buku untuk menyambung bacaannya di rumah. Seorang wanita Muslim yang sentiasa berada di perpustakaan itu sentiasa mendekatinya dan bertanya kepadanya sama ada dia sudah yakin atau tidak untuk memeluk agama Islam. Setiap kali ditanya soalan itu, dia akan memberitahu bahawa belum tiba masanya lagi untuk aku ambil langkah yang lebih jauh. 

Pasa suatu hari, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas meminjam beberapa buah buku daripada perpustakaan, dia melalui sebuah masjid yang ketika itu sedang dilaungkan iqamah untuk solat Asar. Dia memerhati tindakan seorang tukang sapu yang sedang menyapu jalan di hadapan pagar masjid meninggalkan kerjanya dan turut sama menyertai saf solat dalam masjid.

Bersebelahan dengan tukang sapu itu, berdirinya seorang lelaki kaya yang datang ke masjid dengan sebuah kereta mewah yang sangat mahal sebentar tadi siap dengan pemandunya lagi. Di saat itu, dia telah membuat keputusan dengan keyakinan yang amat teguh bahawa dia mahu memeluk agama Islam, hanya kerana dia amat kagum dengan kenyataan bahawa Islam yang tidak membezakan taraf orang kaya dengan orang miskin apabila mereka berdiri di hadapan Allah.

"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Teliti." (Surah al-Hujuraat, 49: 13)

37 تعليقات

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Tunjukkan akhlak yg baik, org bukan Islam pasti tertarik dgn keindahan Islam.

    Salam ziarah dari kami :)

    ردحذف
  2. islam itu mmg indah.. tapi tindakan org islam yg menyimpang dari islam yg membuatkan orang bukan islam memandang buruk terhadap islam..

    ردحذف
    الردود
    1. Jadi kita mesti praktikkan segala ajaran Islam yang sebenar...

      حذف
    2. yup.. tunjukkan rupa islam yg sebenar.. baru islam tak dipandang serong...
      insyaAllah..

      حذف
    3. Biar Islam diagungkan di mata dunia.

      حذف
    4. insyaAllah
      al-islamu ya'lu wa la yu'la a'laih
      islam itu tinggi dan tiada yg tinggi darinya..

      حذف
    5. Semoga Islam sentiasa dimartabatkan: )

      حذف
  3. tetiba terlintas Felixia Yap bila baca kisah ni.. insyaAllah, semoga terbuka pintu hati beliau :)

    ردحذف
  4. akhlak terpuji itu stu dakwah :)

    ردحذف
    الردود
    1. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak."

      حذف
  5. menarik perkongsian ni Wafi..hidayah datannya dalam pelbagai cara

    ردحذف
  6. Semoga satu hari nanti ada yg mendapat hidayah melalui entri blog...InsyaAllah. Teruskan berkongsi dan beramal...

    ردحذف
  7. InsyaAllah..semoga pintu hidayah dibuka oleh Allah SWT untuk yng non muslim.

    ردحذف
  8. Alhamdulilah...

    *Sudah blogwalking dan sudah following blog awak*

    ردحذف
  9. Datang singgah...betul tu...Islam tidak membezakan taraf orang kaya dengan orang miskin apabila mereka berdiri di hadapan Allah.. good entry ^_^

    ردحذف
  10. Kalau non muslim boleh nampak, kita yg muslim ni seharusnya lebih tahu....

    ردحذف
  11. Hidayah Allah datang tanpa mengira bangsa, warna kulit dan ketika..Semoga kita yang dilahirkan dalam Islam mampu terus memperbaiki diri & iman,..

    ردحذف
  12. Bila hidayah datang mengetuk pintu hati, yang sukar menjadi mudah, keinginan yang teguh meranapkan segala tembok yang menghalanginya... In shaa Allah.

    ردحذف
  13. Alhamdulillah..indahnya islam apabila dipratikkan dengan betul

    ردحذف
  14. Alhamdulillah...menarik perkongsian ini..

    ردحذف
  15. alhamdulillah Allah berikan hidayah padanya..

    ردحذف
  16. kita semua sama sahaja. yang membezakan ialah amal ibadah kita.

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم