Terima Kasih Semua

Wahai para pembaca dan pengunjung yang dikasihi


Saya amat berbesar hati dan terharu kerana ada juga yang sudi singgah di blog yang amat banyak kekurangan dan kesilapan ini. 

Terima kasih yang tidak terhingga daripada saya untuk anda semua kerana telah menjadi pemangkin semangat kepada saya selama ini untuk terus menghasilkan entri sebagai perkongsian saya untuk semua terutamanya kepada para pengunjung setia yang menjadi pembaca setia entri-entri yang dikongsikan di sini.

banner terima kasih blog wafi remli

Maafkan saya atas segala silap dan salah saya selama mengenali dan bertegur sapa dengan anda semua. Seandainya ada sesiapa yang perasan akan sesuatu kesalahan yang saya lakukan tidak kiralah dalam mengomen di blog-blog lain, membalas komen anda ataupun apa-apa perkara yang berkaitan dengan diri saya sendiri, saya mohon agar anda tegurlah kesilapan itu.

Jikalau ada yang tidak puas hati atau ada teguran berkaitan blog, harapnya bolehlah tegur saya juga. Saya tidak mahu blog ini dibenci hanya kerana tuannya seorang yang tidak pandai menguruskan blog sendiri. Komenlah apa-apa sahaja perkara yang menjelekkan tentang blog ini, saya akan mempertimbangkannya kembali mengikut kesesuaian.

Pengomen Paling Rajin Mac 2014


Di samping itu, saya nak menghargai para barisan blogger yang sudi menjadi hadir ke blog ini dan mengomen di entri-entri dengan rajin sekali. Ada juga dalam kalangan mereka yang boleh dikatakan, "pergi je mana-mana blog pasti nama mereka yang tertera". Dengan ini saya mempersembahkan sepuluh pengomen yang paling rajin sepanjang Mac 2014.

pengomen paling rajin blog wafi remli mac 2014


Walaupun hanya sepuluh nama sahaja yang tersenarai, terdapat banyak lagi nama-nama yang sering singgah meninggalkan komen di blog ini. Sekali lagi, sekalung penghargaan saya hadiahkan buat para pengunjung sama ada yang sentiasa meninggalkan komen mahupun sekadar pembaca senyap dan sekaligus menyerikan suasana di blog ini.


Tanpa seorang pun pengunjung, apalah gunanya sesebuah blog itu.

In sya Allah kalau berkesempatan, saya akan update sepuluh pengomen yang paling rajin mengomen di blog saya secara bulanan bermula entri hari ini. Secara tidak langsung, mereka yang bertuah akan mendapat backlink percuma dan mungkin juga ada pengunjung terbaru akan berminat dengan blog mereka.

Apa lagi, jom kita terjah blog pengomen paling rajin bulan ini. Mereka amat mesra dan suka membalas kunjungan. Let's Go!

P/s: Untuk sebarang teguran dan pertanyaan, boleh terus ke page Hubungi Saya di atas kanan blog ini. Terima kasih.

39 تعليقات

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. alhamdulillah.. tahniah juga kepada mereka yg lain.. saya pun nk berterima kasih jugak kepada wafiremli sbb banyak juga komen di blog saya,, :)

    ردحذف
  2. Terima kasih wafi...semoga ikatan ukhwah berpanjangan. Terima kasih juga krn selalu komen di Relaks Minda. Maaf zahir batin juga ya...

    ردحذف
  3. Tahniah kepada mereka yang rajin berinteraktif di blog tersebut... saya juga nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih kepada saudara wafi yang juga telah berinteraktif di blog saya :D... Seperti yang saudara wafi nyatakan di atas..."Tanpa seorang pun pengunjung, apalah gunanya sebuah blog...", setuju sangat... walaupun pengunjung tersebut tak sampai pun 100 orang... semuanya sangat sangat dihargai... :)

    ردحذف
    الردود
    1. Terharu betul bila ada orang sudi singgah blog kita (f)

      حذف
  4. terima kasih juga untuk wafiremli..

    ردحذف
  5. saya jarang dapat blogwalking blog kawan2, kalau ada yang datang komen di blog, ada jugak yang saya tak dapat balas berkunjung ke blog diorang tapi selagi boleh saya cubalah. orang beri kita kena balas :)

    ردحذف
    الردود
    1. Sekurang-kurangnya kita dah cuba sedaya upaya untuk menghargai mereka

      حذف
  6. Alhamdulillah.. tersenarai juga saya. T kasih Wafi, juga diatas ukhwah silaturrahim yg terjalin ini. Semoga terus sukses... aamiin..
    Tahniah kpd yg lain2 juga.. :)

    ردحذف
  7. semoga ukhwah ini terus terjalin, silap salah jangan segan untuk tegur ye.. lagi2 acik blogger baru ^_^

    ردحذف
    الردود
    1. Blog acik dah cuup baik. Kita saling tegur menegur. (o)

      حذف
  8. Alhamdulillah...

    Tahniah kepada mereka yang tersenarai ... semoga ukhwah dan sillahturrahim berkekalan...mudah2an Blog WR terus maju jaya...insyaAllah,. aamiin...

    Salam ziarah dari bunda...

    ردحذف
  9. betul, tanpa seorang pun pengunjung dan pengomen siapalah blog. hehe

    selain dari tu, penulisan dan isi juga penting, jikalau tidak org pun tak tau nak komen apa. ini terjadi kpd diri saya sendiri. sama2lah kita belajar ya :-b

    ردحذف
  10. dapat juga puteri tersenarai di situ..terima kasih juga kepada wafi, rajin singgah di blog puteri :)

    ردحذف
    الردود
    1. Sebab sentiasa ada update dan sentiasa reply komen, jadi senang hati nak singgah

      حذف
  11. (h) tahniah kepada yang tersenarai :)

    ردحذف
  12. congrats pada yg tersenarai....hehee... tuan rumah pun rajin berkunjung ke blog sy...thanks

    ردحذف
    الردود
    1. semua yang yang ada dalam bloglist memang akan selalu dikunjungi

      حذف
  13. ae zam ade ek.. hehe mekasih yek :)

    ردحذف
  14. fae follow sini

    nurfaezahabdullah1712.blogspot.com

    ردحذف
  15. just nak gitau, blog wafi ada bnyk kisah2 menarik :)

    ردحذف
    الردود
    1. terima kasih, harapan saya agar semua pembaca terhibur dan dapat mengambil iktibar daripada kisah2 tersebut

      حذف
  16. tahniah buat semua pengomen paling rajin, mudahan mengukuhkan lagi hubungan persahabatan.

    ردحذف
  17. Assalamualaikum..... Terus maju.. =)

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم