Husnul Khatimah (Pengakhiran Yang Baik)

Setiap makhluk yang hidup di alam dunia ini pasti akan merasai suatu saat yang sesiapa pun tidak dapat melarikan diri daripadanya iaitu kematian.

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasanmu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka ia telah berjaya."(Surah Ali 'Imran 3: 185)

Allah meredhai pemergian kita dari dunia apabila kita beroleh husnul khatimah. Antara tanda-tanda menemui pengakhiran yang baik adalah mampu mengucapkan syahadah, mati syahid di medan perang, meninggal ketika melahirkan anak, mati ketika mengerjakan amal soleh dan sebagainya.

Bagaimana caranya untuk kita memperoleh husnul khatimah? Ketahuilah bahawa diri kita hanyalah hamba dan sudah jelas matlamat hidup kita sebagai hamba-Nya seperti yang termaktub dalam kitab-Nya: "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." (Surah al-Dzariyat 51: 56).   

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم