Oleh kerana usianya masih muda dan tubuhnya yang sasa serta
gagah perkasa, dia yakin dia dapat menunaikan tanggungjawab itu tanpa banyak
masalah.
Dia telah dibekalkan dengan sebilak kapak yang tajam dan dia berjanji dengan majikannya bahawa dia akan melaksanakan tugasannya dengan bersungguh-sungguh.
Pada hari pertama pekerjaannya, dia telah berjaya memotong
21 batang pokok. Majikannya berasa amat seronok dengan tugasan yang dilakukan dengan baik itu. Dia lantas memuji dan memberi dorongan agar
hasil keesokan harinya bertambah baik.
Gembira dengan penghargaan sebegitu rupa oleh majikannya,
dia bertekad untuk melakukan kerjanya dengan lebih rajin dan tekun agar dapat
menggembirakan hati majikannya. Kebanyakan masanya termasuk hujung minggu
dihabiskan dengan menebang balak di hutan itu.
Akan tetapi, hasilnya berlainan daripada yang diharapkan.
Dari hari ke hari, prestasi kerjanya seakan-akan berkurang kerana walaupun dia
bekerja lebih masa tetapi jumlah pokok yang berjaya ditebangnya semakin
berkurang.
Dia pergi ke pejabat majikannya untuk meminta maaf atas apa
yang berlaku, “Maafkan saya, tuan. Saya rasa saya dah lemah kerana prestasi kerja
saya dah berkurang.”
“Kenapa kamu kata begitu?” Tanya majikannya.
“Sebab dari hari ke hari jumlah pokok yang mampu saya tebang
bukannya semakin bertambah, tapi menjadi semakin berkurang.”
“Bila kali terakhir kamu asah kapak kamu?”
“Asah? Maafkan saya, tuan. Manalah saya ada masa untuk
mengasah kapak ni, saya sibuk menebang pokok-pokok yang masih banyak dalam
hutan tu.”
Mungkin ada antara kita yang apabila diuji dengan suatu
masalah dia terus berputus asa daripada melakukan sesuatu kerja itu. Terkadang
masalah yang dihadapi dan difikirkannya sebagai masalah itu bukanlah masalah
yang utama sebaliknya ada masalah yang lebih utama lagi. Hanya perlu melihat
dengan mata hati.
Good one wafi..Bila kita dah terbiasa, kadang-kadang benda yang paling simple pun mungkin tak nampak..then cepat mengalah...
ردحذفJangan sampai diri kita terbiasa dengan sikap cepat mengalah...
حذفbetul tu..suke entry ni :)
ردحذفAlhamdulillah:-)
حذفselalu tak nampak atau buat2 tak nampak punca masalahsebenar
ردحذفKadang-kadang kena ada orang yang tunjuk baru kita perasan kan.
حذفKadang-kadang, perkara yang penting tu selalu kita terlepas pandang disebabkan perkara -perkara yang kurang penting..
ردحذفBila minda hanya nampak matlamat tapi tak keluar daripada masalah sebenar yang menghalang...
حذفsuka dengan perkongsian ni..sebelum mengalah atau kecewa dengan sesuatu yang terjadi, perlu kaji dulu punca yang sebenar kan
ردحذفYa, betul tu!
حذفsangat bagus entri ini... permasalah itu ada penyelesaianya jika di perhalusi .. ^_^
ردحذفYa, kena tengok dengan mata hati: )
حذفnice story.. lihat masalah yg sebenar..
ردحذفsuka baca cerita ni :D
ردحذفAlhamdulillah :D
حذفWalaupun cerita dia pendek, tapi seronok baca sebab mesej yang tersirat dapat disampaikan kepada pembaca.
ردحذفP/S : Membalas kunjungan dan follow back.
Nampaknya kita saling berbalas kunjungan: )
حذفBetul tu.. kdg2 ada org yg melihat tetapi tak nampak.. t kasih diatas perkongsian wafi.. :)
ردحذفSama2 : )
حذفsatu pengajaran yg baik kpd kita semua...analogi dlm hidup..
ردحذفSemoga semua orang dapat ambil pengajaran..
حذفKita selalu lupa nak asah kapak kita...sebesar mana pun masalah kita, ia akan dapat kita atasi inshaaAllah. Masalah kita itu sebanarnya sangat ciput kalau nak bandingkan dengan masalah orang lain. Berhenti sejenak, tarik nafas, lepas, renung dan fikir.
ردحذف...dan lihat dengan mata hati apa yang kita terlepas sebenarnya...
حذفmembuka minda :)
ردحذفAlhamdulillah.
حذفTerima kasih kongsikan cerita yang bermanfaat ni...bukan sekadar serita kosong sahaja..hehe/..
ردحذفSemoga bermanfaat.
حذفYa...berputus asa bukan jalan penyesaian dan tidak semua masalah itu berpunca dari isu yg besar. Pengajaran yg amat berguna disebalik kisah ini. :)
ردحذفBenda yang kita tak nampak secara zahir pun boleh jadi masalah...huhu
حذفإرسال تعليق
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)