Seorang lelaki terkenal di kampungnya sebagai seorang yang
suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Sikapnya itu mendatangkan banyak
masalah kepada penduduk-penduduk lain. Terkadang soalannya bisa menggugat iman
yang lemah lebih-lebih lagi jika persoalan itu menyentuh tentang hal-hal
keimanan.
“Kalau macam tu saya nak tanya, syaitan dicipta daripada
apa?” Tanya lelaki itu lagi.
“Apilah, apa lagi?”
“Neraka pula dicipta daripada apa?”
“Neraka pun diciptakan daripada api. Apasal kautanya benda
ni?”
“Itulah persoalannya. Syaitan dan neraka dua-dua diperbuat
daripada api. Apalah sangat seksa yang diterima oleh syaitan kalau dimasukkan
dalam api juga?” Kawan-kawannya terkedu sesama mereka dan berfikir. Ketidak
tahuan mereka tidak memungkinkan untuk mereka menjawab persoalan itu. Ya tak ya
juga, begitulah gamaknya apa yang terlintas di hati mereka.
Salah seorang daripada mereka mencadangkan agar persoalan
itu dibawa kepada Ustaz Yahya, seorang ahli agama yang paling disegani di
kampung itu. Mereka terus bergegas ke rumah Ustaz Yahya untuk meminta
penjelasan tentang perkara itu.
Lelaki itu bertanya tentang persoalan yang ditimbulkannya sebentar
tadi. Tanpa diduga…PANG!!! Satu tamparan hinggap di pipi lelaki itu. Terkesima
sebentar dengan apa yang baru dialaminya, dia bertanya kepada Ustaz Yahya,
“Beginikah sikap seorang ahli agama apabila seseorang datang bertanya soalan?
Soalan yang ditanya tamparan yang dibalasnya.”
“Jangan salah faham, itulah jawapan saya. Pipi kamu kulit
dan tangan saya kulit. Kedua-duanya kulit jadi apalah sangat kesakitannya?”
“Sakitlah ustaz, pedih sangat-sangat.”
“Begitulah yang dialami syaitan bila dimasukkan dalam api
neraka nanti!”
Kan dah kena tampar.. hehe... Betul tu, Kulit bertemu kulit bila ditampar akan sakit. Samalah dengan Api bila bertemu api.. Jawapan ye sakit lah juga :)
ردحذفYup, betul tu...
حذفPernah dengar cerita nie... Nice sharing... Menarik...
ردحذفBtw, thanks for visiting me!!! Salam perkenalan...
tak pasal npt penampar free..heheh
ردحذفnice sharing..:)
aduhh..sakit kene tampoooo..hehe...entry menarikk
ردحذفWalaupun berkali mendengar kisah ini tetapi ianya tetap segar. Kita perlu bijak dan berilmu untuk menjawab persoalan yg kadangkala ianya tampak mudah tetapi mengelirukan kerana ianya mampu menggetarkan iman jika kurang pengetahuan.
ردحذفYa, bernas sekali huraian Tuan BM.
حذفpengajaran y amat bermakna...
ردحذفjawapan dah ada... kita ni tak payah susah fikirkan aturan Allah tu kan...
ردحذفAllah dah buktikan, cuma kita yang tak nampak...
حذفhahaha.. terbaik sgt...
ردحذفPengajaran tu Wafi..Mesti ingat sampai bila-bila kan!!! salam Jumaat ya!!!
ردحذفSalam Jumaat
ردحذفjawapan yg bagus... tapi bagi saya, tak salah kalau rajin bertanya.. asalkan pertanyaan tu bertujuan yg baik, dan kena pada tempat, tanya pada ahlinya..
ردحذفJangan tanya perkara yang sia-sia dan yang tak patut ditanya...
حذفpngkongsianyg mnarik..bgus jawapan yg pak aji tu bagi..
ردحذف:)
just nk kongsi, saya dah pernah dengar cerita yg hampir sama macam ni, tapi soalannya panjang lagi.
ردحذفseorang pemuda tu tanya 3 soalan kepada si alim tu. soalannya :
1. seperti soalan dalam entri tu
2. apakah yang dinamakan taqdir
3. kalau betul tuhan itu ada, tunjukkan rupa tuhan tu macam mana.
jawapan
1. macam dalam entri atas tu
2. pemuda tersebut tak terfikir yang dia akan ditampar. itulah taqdir untuknya..
3. lepas kena tampar pemuda tu sakit. so, org alim tu suruh tunjukkan macam mana rupa sakit tu..
Ha, tepat sekali. Apa yang saudara Pha Is ceritakan ialah cerita yang biasa kita dengar...lebih kurang sama je lah, kan. Terima kasih turut berkongsi di sini: )
حذفPenampar yg besar pengertian & pengajarannya.. klu tak fikir lagi, tak taulah. T kasih diatas perkongsian Wafi.. :)
ردحذفAda pengajaran di sebalik perbuatan.
حذفTu la..lain kali jangan banyak tanya yang pelik2..hehe
ردحذفSesungguhnya Allah itu maha mengetahui...
ردحذفperkongsian yang menarik.. banyak tanya annoying juga... diam sahaja lah kalau dah tahu jawapan.
ردحذفhttp://iluvtour.com jemput singgah :DD
Diam adalah yang terbaik. Tapi kalau betul2 tak tau sesuatu masalah agama kena rujuk juga, jangan tinggal sahaja sampai kita jadi jahil...
حذفSatu analogi yang menarik dan amat tepat sekali.
ردحذفterbaik..sebab tu kita sebagai seorang muslim kena pandai membalas balik..memang berguna tamparan tu untuk orang orang macam tu..maka,jadi lah kita muslim yang berakal cerdas(genius) untuk menemplak soalan soalan yang tak patut di tanya
ردحذفhuraian yang begitu mantap
حذفإرسال تعليق
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)