Tukar Template Blog Baru

Saya membuat keputusan yang amat besar untuk mencuba sesuatu yang amat baru bagi saya. Kalau anda biasa melawat ke blog ini anda semestinya tahu perubahan yang berlaku dengan hanya sekali tengok sahaja. Memang kontra betul berbanding dengan yang dulu.

codecademy learn to code website homepage image


Saya telah tukar kepada template blog baru. Bukannya apa, puas saya cari penyelesaian untuk selesaikan masalah h1 tag yang tidak wujud dalam template yang asal tapi tidak berjumpa juga hasilnya. Jadi, di samping ingin mencuba sesuatu yang baru dan sekali gus menyelesaikan masalah ini, saya banyak habiskan hujung minggu ini untuk cari template yang sesuai dan mudah untuk dikendalikan.

Seperti yang anda lihat sekarang ini adalah hasilnya. Bagi saya ia dah cukup baik, tak tahulah sama ada ia masih tidak sempurna di mata-mata mereka yang terlalu menekankan kesempurnaan. Sebenarnya masih ada kekurangannya bila buat begini, sesetengah fungsi asal bagi default template tidak boleh digunakan lagi.

Banyak juga coding yang perlu dilakukan untuk membetulkan apa yang patut. Sebenarnya agak susah untuk membuat benda ni memandangkan saya hanya memandai sahaja dalam coding ni, ikut pengalaman main try an error sahaja tanpa pengajian yang khusus. 

Kawan saya ada perkenalkan satu laman web khusus yang boleh digunakan untuk belajar coding bermula dari awal! Ianya amat mudah untuk digunakan, siap boleh main-main (maksud saya cuba-cuba) lagi dengan apa yang kita dah pelajari. Ia mengajar kita langkah demi langkah dan jika anda betul-betul letakkan komitmen yang tinggi, tidak mustahil anda akan mampu membina laman web anda sendiri (ini kata kawan saya).

Apabila sudah pandai buat sendiri, tidak perlulah anda upah-upah orang untuk buat semua kerja yang kita tak boleh buat kan. Apatah lagi orang yang buat duit online, ini merupakan suatu bonus buat anda kerana antara kejayaan bisnes online adalah dengan adanya website dengan niche tersendiri.

Sudah bersedia untuk mengetahui apa dia laman web tersebut? Jangan bimbang, saya bukan seorang internet marketer yang akan sedaya upaya mempromosi produk mereka sebelum membawa anda kepada tujuan asal anda yang sebenar. Jika anda berminat, bolehlah layari Codecademy Online Tutorials.

Saya doakan anda berjaya dalam mencapai apa yang dihajati. Sekali lagi saya katakan amat mudah untuk anda pelajari asas-asas coding melalui laman web itu, siap ada markah lagi dan boleh post dekat Facebook dan share dengan kawan-kawan supaya wujud persaingan yang sihat sesama kalian. Selamat mencuba!

50 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. wah dah berwajah baru yer...H1 tag tu memang penting (h)
    nak tukar template blog memang makan masa, puteri pun kadang-kadang pening bila perlu bermain dengan coding. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu pun beberapa widget hilang termasuklah blog list. Sempat masukkan yang ingat je dalam yang baru

      Padam
    2. selalunya bila tukar template, pasti akan ada yang hilang.

      Padam
    3. Sememangnya itulah yang terjadi.

      Padam
    4. sebab tu puteri malas tukar.. :)

      Padam
    5. atas orang la jugak, kalau dia nak tanggung risiko dia buat

      Padam
  2. nice one, simple and kemas :)

    BalasPadam
  3. Cantik & Kemas. loading pun cepat. So good luck to you...

    BalasPadam
  4. Mmg cantik & kemas.. all the best Wafi... semoga terus sukses.. :)

    BalasPadam
  5. bagi zam, nampak lebih profesional :)

    BalasPadam
  6. tahniah.. bagus kalau ada semangat macam ni.. sentiasa berani mencuba perkara baru kearah yang lebih baik dari sebelumnya..

    BalasPadam
  7. Nampak pro sekali template ni. Saya pun ingat nak tukar yang simple macam ni tapi memikirkan banyak coding kena buat balik...lupakan dululah.
    Cuma satu jer permintaan...besarkan sikit font...halus sangat le..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Font tengah diusahakan, masih tak jumpa kat mana.hehe

      Padam
  8. template yg clean dan fast
    mmg letih bila tukar template baru kan... hehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak cari pun dah letih, apatah lagi bila tukar ni...

      Padam
  9. ingatkan zizie dah tersalah masuk blog tadi.. hehe.. btw, en wafi besarkanlah sikit tulisan.. baru best.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengah cari code tulisan tu, nanti baru boleh besarkan.

      Padam
  10. akak malas nak tukar template sbb byk widget2 akan hilang..kena buat semula..

    salam kenal & follow sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ambil prinsip 'pandai buat pandai tanggung'.

      Padam
  11. Assalammualaikum..wafi,

    datang daripada blog BM... visit sini tgk wafi tukar template.. memang best template nie.. simple dan kemas...

    BalasPadam
  12. Nak tukar2 templte ni kene ada betul2 usaha dan keberanian atas risiko2 selepas itu...
    Tahniah lah wafi berjaya mengatasi semua itu....

    BalasPadam
  13. template ni nampak mudah tapi menarik! tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah tapi menarik, menarik sekali komen ini!

      Padam
  14. Hr tu saya ada planning juga cari templete yg mesra SEO ni. Tapi x tau pasang plak... smpai skg blog tu x tukar2 templete lg.. hmm

    BalasPadam
  15. patutlah pelik masa mula2 sampai tadi... ingatkan browser punya problem... rupanya dah layout baru... OK juga... masih kemas dan simple macam dulu

    BalasPadam
  16. patut lainnn..nice.simple kemas !

    BalasPadam
  17. nampak kemas dan teratur, mama juga berangan nak buat begini. tapi pening main coding..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun asalnya berangan gak, lama jugak nak buat keputusan. selepas cuba2 dan belajar coding cket, buat terus

      Padam
  18. salam..

    pertama kali singgah ke blog ini. nampak kemas & teratur.
    salam perkenalan dari ciklaili.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan. Selamat berkunjung ke sini.

      Padam
  19. jujurnya, yes. template ni nampak kemas bro. keep up the good work. hehe..

    salam kenal dari misterzarif.my :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan. Terima kasih sudi singgah sini.

      Padam
  20. yup... codecademy memang terbaek... walaupun aku ada basic dalam html+css, tapi ngan adanya codecademy ni die cam refresh balik+update ilmu yang ada tapi dah berlapok ni... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus betul orang yang buat codecademy tu

      Padam
  21. dulu yeop suka main code-code blogspot yeop, skang dah guna wordpress takde coding. just plugin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti nak blajar wordpress jugak la...tambah ilmu

      Padam
  22. lebih mesra pembaca kan..perlu sangat ada coding yang penting tu :)

    BalasPadam
  23. teringin juga nak ubah template blog tapi malas bab coding itu ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya hari tu pun berhari-hari nak settle problem.huhu

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama