Ini adalah sambungan daripada entri sebelum ini, Sejarah Belajar Motosikal (Part 1). Terima kasih kepada yang sudi menunggu Sejarah Belajar Motosikal (Part 2) dan kepada yang belum membaca lagi dan berminat untuk mengetahui kisah bahagian pertama boleh baca di Sejarah Belajar Motosikal (Part 1).
Masuk Kelas Memandu
Selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya dan seorang sepupu saya yang sebaya dengan tujuan untuk mengisi masa sementara menunggu keluarnya keputusan telah bercadang untuk mengambil lesen memandu. Kami mendaftar masuk ke sebuah institut pemanduan berhemah di Kelantan yang dikenali sebagai Yakin Pandu Sdn. Bhd.
Dalam kelas memandu itu, pada permulaannya kami dihidangkan dengan kuliah selama lima jam dan juga ujian teori secara komputer. Selepas itu, terdapat bengkel pra-L yang terdiri daripada bengkel teori selama tiga jam dan bengkel praktikal selama tiga jam. Begitulah kut pengenalan ringkas tentang prosedur awal untuk mengambil lesen memandu. Selanjutnya boleh (rujuk sini).
Walaupun dah belajar tentang tanda-tanda jalan dan segala etika pemanduan kenderaan dalam kelas memandu itu, tapi saya masih belum pernah pandu motosikal di atas jalan raya untuk ke tempat jauh-jauh ataupun bandar, saya agak kurang keyakinan diri. Saya biasa pandu motor di kawasan kampung saya, pergi rumah nenek, masjid, beli makanan dan rasanya tak pernah pun pergi lebih jauh daripada itu.
Keyakinan mesti ada
Tapi kini lain pula ceritanya. Keyakinan seseorang terhadap sesuatu semestinya tidak selalu statik dan begitu jugalah saya dalam hal memandu motosikal ni. Apa yang menambahkan keyakinan saya? Saya pun tidak pasti, yang pastinya saya pernah ada sejarah hitam masa kali kedua memandu atas jalan raya berdekatan kampus saya (mungkin jalan terlalu sibuk kut masa tu). Saya ketika itu tidak runsing langsung kerana saya pernah menjelajah kawasan sekitar itu dengan motosikal seorang diri, tapi memang termaktub dalam suratan takdir dan Allahlah yang Maha Berkuasa.
Saya selalu menemani kawan saya yang ada motosikal untuk pergi ke tempat-tempat tertentu atas sesuatu tujuan sama ada cari barang ataupun pergi makan di luar kampus. Di samping membonceng di belakang, banyak ilmu yang saya kaut berdasarkan pengalaman yang kami tempuhi sepanjang perjalanan. Saya masuk kelas teori dan boleh dikatakan tiada praktikal atas jalan manakala dia tidak masuk kuliah teori tetapi praktikalnya ada. Saya berkongsi etika-etika pemanduan motosikal yang saya tahu.
Dengan menggabungkan kesemuanya iaitu ilmu teori dan persediaan untuk memandu di atas jalan raya yang dipelajari melalui boncengan semata-mata, saya bertambah yakin dan seterusnya berjaya memecah tradisi saya sendiri untuk tidak hanya memandu di jalan-jalan kecil tetapi juga di jalan-jalan besar. Walaupun setiap kali ingin memandu itu ada kegusarannya, tapi itu tidak menghalang saya kerana saya akan tetapkan niat yang baik untuk perjalanan itu.
Niat
Niat. Inilah yang paling penting. Jikalau tempat yang dituju dan tujuan ke tempat itu adalah untuk perkara yang baik dan bukan untuk maksiat, saya bersetuju untuk memandu motosikal. Itulah prinsip yang saya gunakan agar perjalanan yang dilalui itu diberkati dan diredhai Allah. Cukuplah hanya sekali pengalaman buruk yang tertimpa ke atas saya.
Rasanya setakat itu sahajalah penceritaan saya untuk sejarah belajar motor berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri. Setiap orang pasti ada kisah tersendiri kan. Lain orang lain pengalaman, semakin banyak perjalanan semakin banyak pengalaman. Ni kisah tentang motosikal, kereta harap jangan tanya. Kalau tanya pun tak nak jawab. Haha.
Sumber gambar
Sumber gambar
saya masa belajar bawa motor , kat umah jer pun , langgar pokok koko . sampai la ni phobia nak naik motor .
ردحذفCuba tengok apa saudara BM kata kat sini
حذفTerbayang masa test JPA untuk naik bukit...siap fail lagi..punyalah takut..
ردحذفujian motor ada kena naik bukit? tak ingat pulak kena buat tu..
حذفdulu motor kna naik bukit gak ke
حذفDulu kali pertama sy test lesen motor tak lepas. Kaki lambat angkat masa nak naik titi tu.
ردحذفsaya tak ambil lagi lesen...hehe
حذفDalam setiap apa jua yang kita lakukan, keyakinan perlu ada barulah kita puas dan selesa melakukannya. Untuk tingkatkan keyakinan anda, bacalah doa atau sekurang2nya baca bismillah...segala yg anda lakukan kerana Allah dan berniat baik, InsyaAllah...Allah bersamamu dan anda akan lebih yakin
ردحذفKena bergantung sepenuh harapan kepada Allah kerana Dialah yang menentukan segala-galanya
حذفtak ada pengalaman bawa motor apatah lagi nak ambil lesen..tapi ambil lesen untuk kereta adalah :)
ردحذفSaya ada lesen kereta je
حذفsamalah :)
حذفTest JPJ punya pasal... hehe :)
ردحذفNak dapat lesen punya pasal...haha
حذفYang tanak citer tu la yang nak ditanya niiii.. ehehe
ردحذفTak mau citer gak
حذفalhamdulillah, masa ambil lesen moto dulu, buat sekali je dah lepas...
ردحذفTahniah
حذفtak berapa pandai bawak motor..sebab lebih selesa bwak scooter je..mudah. Alhamdulillah amek lesen sekali je dah lulus :)
ردحذفTahniah
حذفإرسال تعليق
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)