Salam Ramadan 1435 Hijriah

Salam Ramadan 1435 Hijriah saya ucapkan buat semua umat Islam yang berkunjung di sini. Sekiranya anda membaca entri ini, tahniah saya ucapkan kerana masih diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke bulan yang amat dirindui oleh kaum Muslimin di seluruh dunia.

Surah al baqarah 183, dalil puasa ramadan, salam ramadan 1435H
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Sesungguhnya, sama ada kita sedar ataupun tidak, ada antara saudara-saudara kita yang tidak sempat untuk menyambut Ramadan tahun ini kerana ajal telah menjemput mereka pergi. Bersyukurlah kerana masih diberi kesempatan ini, beramallah sebaiknya agar kita tidak rugi.

Cuba kita bayangkan, setiap manusia diberikan buku akaun amalan dan mereka dapat melihat jumlah pahala masing-masing. Kita boleh lihat sendiri betapa Maha Pemurahnya Allah memberikan bonus berlipat kali ganda pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain yang kita lalui sepanjang tahun.

Di sebalik bonus itu, jangan lupa bahawa dalam akaun tersebut turut disertakan jumlah dosa kita juga. Jangan dibiarkan bersisa walau sesen pun dalam akaun dosa tersebut. Rebutlah peluang yang terdapat dalam bulan Ramadan ini untuk melupuskan segala keburukan yang kita tidak mahu.

Salam Ramadan 1435 Hijriah. Hadapilah Ramadan dengan hati yang sabar dan tabah. Kuatkan semangat ibadah, jangan biar masa berlalu walau sesaat pun tanpa kita melakukan sebarang ibadah. Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada yang telah kita lalui pada tahun-tahun yang lepas. In sya Allah.

8 تعليقات

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Assalamualaikum...Wafi
    Salam Ramadan 1435H. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik dalam hidup anda, Amiin. Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap mahupun kekhilafan yang mengguris hati... Maaf zahir dan batin.

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih atas doa itu, moga saudara BM dapat yang sama

      حذف
  2. الردود
    1. terima kasih atas kunjungan. semoga Ramadhan tahun ini yang terbaik buat saudari.

      حذف
  3. Salam Ramadhan Wafi... slmt menjalani ibadah puasa.. :)

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih atas kunjungan. Terharu dengan saudara Khir yang selalu singgah sini :)

      حذف

إرسال تعليق

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم